-->

Review Cili Merah Cafe di Kota Samarahan

Hujung minggu tanpa jalan-jalan cari makan, rasanya tidak sah buat saya. Ada saja tempat makan yang saya belum pernah cuba, saya nak cuba. Dan salah satu tempat makan yang terletak di Bahagian Kota Samarahan iaitu Cili Merah Cafe menjadi pilihan saya kali ini. Kedai makan Cili Merah Cafe ini terletak di Jalan Stakan, Batu 7, Kota Samarahan.

Apa yang special di sini? Di sini anda boleh menikmati menu berasaskan Udang Galah. Contohnya, Mee udang, Udang Goreng, Nasi dan Udang Masak Tempoyak dan lain-lain lagi yang special. Saya dan suami telah order Nasi Goreng Seafood (RM7), Nasi Goreng Ayam (RM9), dan Udang Medium Goreng 2 ekor. Manakala air pula, kami order, air teh tarik (RM2.50) sejuk dan air sirap bandung (RM2.50). Jumlah keseluruhan bayaran menu kami adalah RM49. Yang baki selebihnya adalah harga untuk udang. Harga murah atau mahal, itu terpulang lagi kepada anda. :)

Masa operasi kedai Cili Merah Cafe ini pada hari Isnin - Jumaat adalah dari jam 5 ptg - 11 malam, manakala pada Sabtu dan Ahad ia beroperasi seawal jam 2 ptg - 11 malam.


Nasi Goreng Ayam


Anda boleh pilih siz



Nasi Goreng Seafood


Udang Galah Medium Size Goreng



Cili Merah Cafe yang terletak di Jalan Stakan, Kota Samarahan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon