-->

Review Honor 4X

Pengalaman saya sebelum ini yang pernah menggunakan Huawei Honor 4C (Boleh baca review saya di sini >>> Review Honor 4C<<<   ), membuatkan saya mahu semahunya menggunakan semula handphone brand Huawei ini. 

Kalau diikutkan rasa hati, saya nak beli semula Honor 4C, namun sebab nak mencuba model lain pula, saya pilih Honor 4X. Hati saya kuat juga nak pilih Honor 4X bila dapat tahu handphone ni Dual 4G dan juga menggunakan bateri Li-Po. Rata-rata kita tahu, bateri Li-po ini mempunyai ketahanan jangka hayat yang lebih lama. Dan untuk tempoh seminggu penggunaannya, saya dapati, bateri Honor 4X ni memang tahan lama.

Honor 4X (Black)


Apa KELEBIHAN Honor 4X ni??? Jom kita usya;


  • BSI 13MP Camera (Camera Belakang)
  • 3000mAh Li-Po Battery
  • Dual 4G SIM Slot. Kelebihan ini membolehkan kita tak payah nak tukartukar sim untuk dapatkan 4G. 
  • 5.5 Inches 720 IPS HD Display. Saiz skrin yang lebih besar dan mencukupi untuk layan YOUTUBE dengan lebih besar skrin. :)
  • Strong and Stable 4G Network Connections. Yang ini, saya belum buat ujikaji lagi, sebab belum pergi ke tempat yang betul-betul slow network connection.
  • Strong Signal Reception Delivers Stable Call Experience. Yang ini maksudnya, handphone ni kalau bawa ke tempat yang tak berapa kuat signal, maksudnya untuk handphone ni mudah lah kita nak dapat signal. Part ini pun belum lagi saya uji. Mungkin ada yang dah pernah cuba?? Boleh bagi review kat saya. Kalau ikut kat vmall.my, handphone ini mampu capai higher signal reception by 3dB bila comparing with other phones in same tier, which is equivalent to double in signal strenght, and can deliver stable call experience even when signal is weak. Strong signal reception even in underground garages and other marginal coverage areas.
  • The first Honor 64-Bit Octa-Core 4G Smartphone. Faster than Fast.
  • Design yang sangat smart dan cantik!!
  • 7.9 mm ultra slim body, 75% screen-to-body ratio, best in its class. 
  • Smartimage 2.5+Sony/ov Second Generation BSI 13 MP Rear Camera. No wonder, kualiti gambar hasil dari Honor 4X dan Honor 4C sangat cantik. Rupanya adapsi Sony punya. Anda pasti puas hati dengan hasil dan kualiti gambar.
  • Boleh Capture Gambar sewaktu Record Video. Boleh buat 2 in 1 task. GREAT!!! Anda tak akan terlepas nak capture gambar!!

Design Honor 4X yang slim dan smart.

Design dan logo Honor yang Mantap!!


So far, setakat seminggu lebih saya guna Smartphone Honor 4X ini, kualiti dan performance nya lebih kurang sama macam Honor 4C. Tetapi, 2 kelebihan UTAMA Honor 4X ini adalah kepantasan 4G nya yang membolehkan kita melayari web dengan lebih pantas, dan ketahanan Bateri nya yang mampu bertahan sehingga malam. Kalau Honor 4C saya dulu, dalam pukul 4 - 5 petang dah kena charge balik. So sangat tak sesuai untuk bawa travelling unless kita rajin nak bawa powerbank. Harga Honor 4X ini pula adalah RM649 dan saya beli dari vmall.my iaitu laman web utama untuk penjualan produk Huawei ini. Apa yang best nya sekarang, sempena Tahun Baru Cina, Huawei buat promosi, dengan setiap pembelian Honor 4X kita akan dapat FREEGIFT microsd card 16GB dan Notebook Honor. Cepat-cepat, sementara stok masih ada.


Anda mesti tengah terpikir-pikir samada nak beli Honor 4C atau Honor 4X kan? Sebab harga kedua-duanya pun tidak jauh beza di mana Honor 4C RM569 sahaja. Kalau anda terdapat kekangan bajet, mementingkan kualiti kamera dan tidak pening sangat pasal ketahanan bateri, saya syorkan anda boleh menggunakan Honor 4C. Sebabnya Honor 4C pun tidak kurang hebatnya. Harga Murah namun performance nya sungguh HEBAT. Saya lebih suka kualiti gambar Honor 4C. Tapi sekiranya anda mementingkan ketahanan bateri dan mahu kan kepantasan dalam melayari website, anda boleh spend lebih sikit bajet anda dengan membeli Honor 4X. InsyaAllah anda pasti akan berpuas hati.

Bateri 3000mah Li-Po

Huawei Honor 4X didatangkan dengan bateri 3000mah Li-Po yang mampu memberikan anda merasai pengalaman lebih lama menggunakan smartphone ini tanpa bingung untuk sentiasa charge bateri selalu. Just yang tak bestnya, bateri Honor 4X ini unremovable iaitu tidak boleh ditanggal. Tak dapatlah anda nak buat spare bateri. Hehehe. Tapi jangan bingung, bateri handphone ini boleh tahan lamanya.


Yang penting MADE IN CHINA ok!!! Made in China yang tidak pernah mengecewakan saya.



Baca juga:

2 Comments

avatar

cam menarik ja honor ni sis

Balas delete
avatar

Boleh tahan juga guna handphne ni sis. Tahan bateri dan berbaloi dengan harga.

Balas delete



Emoticon