-->

Panduan Membuat Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengunakan Maybank2u

Panduan Membuat Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN.

Majoriti pelajar di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) membuat Pinjaman Pembiayaan Pelajaran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jadi, PTPTN mungkin tidak asing lagi bagi pelajar atau bekas pelajar di IPTA mahupun IPTS.

Setelah tamat pengajian, bermula rutin baru buat pelajar  di mana tanggungjawab mereka untuk membuat pembayaran semula pinjaman yang telah dibuat. Bagi mereka yang masih menyambung pengajian, mereka boleh membuat penangguhan bayaran balik dengan membuat permohonan kepada pihak PTPTN. Tetapi, mereka yang sudah berkerjaya, pembayaran balik pinjaman PERLU dibuat mengikut bayaran bulanan yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa medium cara pembayaran yang boleh dilakukan. Sama ada pembayaran terus di kaunter PTPTN atau melalui perkhidmatan Bank-bank terpilih. Salah satu cara paling mudah untuk membuat pembayaran PTPTN adalah melalui Perkhidmatan Bank dan saya pilih membuat pembayaran melalui perkhidmatan perbankan Maybank2u. Mudah, cepat dan selamat. 

Berikut adalah panduan pembayaran Pinjaman PTPTN melalui Perbankan Maybank2u:

Langkah 1: Login ke Akaun Perbankan Maybank2u.com anda. Klik pada tab Accounts & Banking dan seterusnya klik pada 'Make a one-off payment'.




Langkah 2: Pilih kategori 'Payees' yang anda nak bayar iaitu 'Education & Education Loans'. 



Langkah 3: Selepas itu pilih 'PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan'.



Langkah 4: Isi maklumat pembayaran anda. Isikan nilai 'amount' yang hendak dibayar dan isi maklumat pemimjam iaitu maklumat 'borrower ic' dan maklumat 'tel no'. Pastikan maklumat yang diisi betul. Selepas itu, klik 'continue'. Seterusnya 'confirm' pembayaran anda.



Langkah 5: Selepas pembayaran berjaya dibuat, paparan seperti di atas akan dipaparkan. Klik 'Print receipt' sekiranya anda mahu print maklumat pembayaran atau mahu 'save' dokumen tersebut di PC anda. Sebaiknya, anda 'save' juga dokumen/file pembayaran tersebut dalam format PDF untuk menghantar emel pembayaran kepada pihak PTPTN.


Contoh resit pembayaran balik pinjaman PTPTN
dalam format PDF



Untuk memaklumkan kepada PTPTN tentang transaksi pembayaran anda, anda boleh emel resit pembayaran kepada mereka. Sekiranya tidak hantar pun boleh. Sebab rekod maklumat pembayaran anda akan dikemaskini dalam sistem mereka.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon