-->

Review Pengalaman Beli Redmi Note 2 di Mi.Com

Review Pengalaman Beli Redmi Note 2 di Mi.Com

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya lebih suka untuk membeli smartphone melalui online sahaja. Namun, pembelian smartphone saya akan beli melalui website yang sah termasuklah website khusus bagi Jenama Handphone yang saya nak beli. 

Jika sebelum ini, handphone Lenovo, saya beli menerusi Superbuy.com, Huawei Honor 4C menerusi website huawei sendiri iaitu vmall.my, dan yang terbaru ini adalah Redmi Note 2 menerusi Mi.com. Harga Redmi Note 2 yang saya beli adalah RM649. =)

Redmi Note 2. Sumber: Mi.com

Pembelian melalui mi.com adalah sangat mudah, dan pastikan sebelum membeli, kita mempunyai baki wang yang mencukupi di dalam akaun bank kita. Saya guna perkhidmatan bank Maybank2u disebabkan kemudahan perbankannya yang mudah, dan atm nya yang mudah diakses.


Berikut disertakan langkah-langkah membuat pembelian Redmi Note 2 di website mi.com,


1. Pilih handphone atau smartphone yang kita nak beli tu dan klik order. Produk yang kita beli akan disimpan di dalam 'My Cart'. Setelah anda confirm dengan pembelian produk anda, klik 'Next'.



2. Masukkan alamat pengeposan anda beserta dengan no handphone yang mudah dihubungi. Kemuadian klik, 'Next' lagi.




3. Anda akan diberi maklumat order number, jumlah perlu dibayar dan alamat pengeposan. Pilih cara pembayaran yang anda mahu. Contohnya, saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan Maybank2u. Saya lebih senang menggunakan cara ini sebab dah terbiasa buat pembelian online just guna Maybank2u je.


4. Selepas pilih cara pembayaran, klik 'PAY'.



5. Anda akan 'Login' akaun Maybank2u anda terlebih dahulu dan kemudiannya, paparan seperti di atas akan keluar. Anda perlu sahkan maklumat pembelian anda, dan jika sah, anda 'REQUEST for TAC'. No TAC akan dihantar ke No handphone anda yang berdaftar dengan Maybank2u. Segala urusan pembayaran anda adalah selamat. Dont worry ya. Selepas, input no TAC, anda klik 'CONFIRM'.


6. Sekiranya pembayaran anda berjaya, anda akan memperoleh paparan seperti di atas di mana, STATUS pembayaran anda SUCCESSFUL. Tekan 'Print' untuk save dalam bentuk PDF resit pembayaran anda ini, untuk memudahkan rujukan nanti.



7. Setelah urusan pembayaran selesai, anda akan menerima paparan seperti di atas. TAHNIAH. Mudahkan???



8. Di atas adalah Maklumat Order yang telah saya buat. Dan kini, barang saya tengah on the way ke Kuching, Sarawak. Hoyeahhh.. :)

Baca juga:

0 Comments



Emoticon