Powered by Blogger.

Resepi Nasi Goreng Sotong



Si rongak yang tiba-tiba teringin nak makan Nasi Goreng merah. Merah disebabkan cili Dan bukannya disebabkan SOS. Kebetulan mak ada beli sotong, jadi terjadi nya Nasi Goreng Sotong.
Resepi nya mudah saja. Bahan yang ringkas Dan mudah diperolehi Dari dapur and. Jom share.

Resepi Nasi Goreng Sotong

Nasi Goreng Sotong
Bahan-bahan:

3 mangkuk nasi putih
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 tangkai cili kering (direndam dengan air panas Dan setelah ITU ditapis Dan ditumbuk)
3 tangkai sayur kacang panjang (dipotong pendek)
4 ekor sotong (dipotong kecil)
3 biji tomato (untuk hiasan)
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak


Bahan-bahan yang simple untuk buat Nasi Goreng Sotong


Cara-cara:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih Dan cili kering.
2. Panaskan minyak Dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Setelah naik Bau, masukkan sotong. Kacau hingga masak.
4. Masukkan sayur kacang panjang Dan garam secukupnya. Kacau rata.
5. Masukkan nasi Dan kacau rata. Rasa kan. Dan tambah garam ikut citarasa kita.
6. Siap. Hidang Dan hiaskan dengan hirisan tomato.

Kalau nak lebih meriah, boleh goreng sotong goreng tepung Dan hiaskan sekeliling nasi goreng untuk memeriahkan lagi hidangan anda. Alamat mencuba.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Nasi Goreng Sotong"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top