-->

Review Pengalaman Beli Handphone Huawei Honor 4X di Vmall.my

Review Pengalaman Beli Handphone Huawei Honor 4X di Vmall.my

Smartphone keluaran Huawei saya mula kenali pada tahun lepas, 2015. Pada tahun lepas saya telah membeli Honor 4C juga melalui website jualan utama huawei iaitu vmall.my dengan harga RM569. Honor 4c memang tiptop. 

Disebabkan sangat yakin dan berpuas hati dengan smartphone keluaran Huawei ini, saya telah membeli smartphone Huawei lagi tapi model lain pulak iaitu Honor 4x. Honor 4X ini pun saya beli di vmall.my dengan harga RM649 dan bersempena nak Tahun Baru Cina ni, Huawei buat promosi, dengan pembelian Honor 4X akan dapat FREE microsd 16Gb dan notebook. Alhamdulillah, jimat duit takpayah beli micro card pulak.



Dibawah ini, saya sertakan panduan dan cara untuk membuat pembelian smartphone atau handphone jenama Huawei Honor 4X ni untuk panduan anda yang mungkin berminat nak purchase order nanti.

Panduan Pembelian Huawei Honor 4X di Vmall.My:


Anda boleh layari laman web utama bagi jualan handphone jenama Huawei iaitu www.vmall.my . Bagi memudahkan membuat tempahan handphone/smartphone anda nanti, sila 'sign up' terlebih dahulu.


Setelah berjaya 'SIGN UP', anda sudah boleh 'LOG IN' menggunakan id dan pasword yang anda telah daftar. Nak guna Facebook pun boleh, tapi yang ni saya takda cuba lah. So anda boleh explore sendiri.


Pilih handphone atau smartphone yang anda nak beli. Kalau saya, saya beli Honor 4X yang berharga RM649. Anda mesti perasan kan ada gambar monyet tu, itu menunjukkan FREEGIFT yang anda akan dapat dengan pembelian setiap smartphone yang anda beli. Klik pada gambar smartphone untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan smartphone tersebut atau tekan 'BUY NOW'.


Anda boleh pilih warna apa yang anda kehendaki. Terdapat 2 pilihan warna yang ada iaitu putih dan hitam. Saya pilih HITAM sebab nampak lebih smart. Selepas puas hati, klik 'ADD TO CART'.


Anda perlu sahkan dahulu maklumat produk yang anda beli. Takut tersilap klik warna ke apa. Setelah berpuas hati, anda klik 'PROCEED TO CHECKOUT'.




Jika anda telah mempunyai akaun berdaftar, segala maklumat untuk pengeposan anda akan secara automatic ada, just anda perlu semak je lagi. Semak alamat untuk pengeposan sama ada betul atau tidak, dan produk yang anda beli. Pilih cara pembayaran atau 'Payment Method', contohnya, saya pilih FPX (Online Banking). Memang tu je mudah bagi saya. Setelah itu, klik 'PAY NOW'.


Selepas anda klik PAY NOW, paparan di atas akan muncul dan anda pilih online banking bank anda. Saya , sudah semestinya MAYBANK2U.COM. 


Isikan maklumat emel anda untuk menerima maklumat transaksi pembayaran anda nanti dan klik 'AGREE AND CONTINUE'.




Paparan ruang LOGIN Maybank2u muncul, dan isi username dan pasword anda. Dan klik 'Login' untuk akses ke akaun perbankan anda.



Setelah berjaya Login ke akaun perbankan anda, ianya akan direct terus untuk FPX Payment seperti di atas. Semak maklumat pembayaran anda dan jika sah betul, klik 'CONTINUE'.



Setelah itu, anda diperlukan untuk mengisi maklumat TAC yang akan dihantar melalui SMS ke Nombor Handphone berdaftar anda.  Ini lah kelebihan ada sistem TAC ini, misalnya jika ada orang ceroboh sistem perbankan anda, mereka tidak akan dapat buat pembayaran melalui online sebab setiap transaksi akaun anda, sistem akan minta nombor TAC. Dah ada nombor TAC barulah dapat confirm order.  Setelah dapat nombor TAC, klik CONFIRM.




Setelah pembayaran atau transaksi berjaya dibuat, anda akan mendapat paparan seperti di atas. Sila klik 'Print Receipt' untuk print resit anda atau Save resit dalam bentuk PDF. Resit anda perlu simpan, takut ada masalah di kemudian hari.



Selepas anda klik Print receipt tadi, anda boleh klik SAVE.


Anda akan mendapat paparan web seperti di atas berkaitan MAKLUMAT PEMBAYARAN ANDA, dan untuk Completekan transaksi ada, klik 'Click Here to Complete Your Transaction'.


Akhir sekali, anda akan di direct link semula ke laman web vmall.my dan akan mendapat paparan seperti di atas. CONGRATULATIONS!!!! Sekarang, anda bawa bertenang ye, tunggu je pihak CITY-LINK hantar Handphone Huawei Honor 4X ke tangan anda. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon