-->

Cara-cara Menurunkan Tahap Kolestrol Yang Tinggi

Kolestrol adalah bahan berlemak atau lipid yang juga boleh ditemui dalam peredaran darah manusia. Sumber utama kolestrol dalam darah diperoleh melalui pemakanan dan pengeluaran dari hati. Kandungan Kolestrol yang tinggi dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit yang memudaratkan seperti sakit Jantung dan Serangan Jantung. Salah satu cara UTAMA untuk mengelak penyakit jantung atau serangan jantung, kita perlu sentiasa menjaga pemakanan kita dan memastikan kadar kolestrol dalam badan adalah pada tahap normal.

Sumber: mamaqaireen.com


Terdapat beberapa cara dapat membantu dalam menurunkan tahap kolestrol dalam badan. Antaranya adalah:


  • BAWANG PUTIH. Mengamalkan memakan satu setengah ulas BAWANG BUTIH setiap hari. Menurut kajian, pengambilan bawang putih setiap hari mampu menurunkan lebih kurang 9% tahap kolestrol. Kandungan senyawa allicin dalam bawang putih berfungsi mengawal kadar kolestrol dalam darah.
  • SENAMAN. Melakukan senaman lebih kurang 30 minit dalam kekerapan 3 atau 4 kali seminggu boleh membantu mengurangkan berat badan dan mencapai berat badan (BMI) yang ideal dan sihat dan ini seterusnya membantu merendahkan kolestrol dalam badan.
  • KACANG SOYA. Produk-produk soya merupakan antara lain contoh makanan yang membantu merendahkan Kolestrol. Dengan mengamalkan pemakanan kacang soya atau produk soya, boleh membantu mengurangkan kolestrol buruk dalam badan kira-kira 9 - 10%. Kandungan isoflavones bersama-sama protein dalam soya membantu mengurangkan tahap kolestrol tidak baik.
  • EPAL. Mengamalkan makan buah epal setiap hari juga mampu mengurangkan kadar kolestrol yang dihasilkan di dalam hati.
  • MENGELAK makanan seperti DAGING MERAH, TELUR & SUSU PENUH. Makanan seperti daging merah, telur (terutamanya kuning telur) dan susu penuh adalah antara sumber makanan yang mempunyai kandungan kolestrol yang pekat.
  • Asid Lemak Omega-3. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan Asid Lemak Omega-3 atau makanan tambahan mengandungi Asid Lemak Omega-3, dapat membantu mengatasi kadar kolestrol yang tinggi. Antara makanan yang mengandungi Asid Lemak Omega-3 adalah Salmon, ikan Herring, badam dan walnut.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon