Powered by Blogger.

Apa yang Menarik di Restoren Uncle Jack di Giant, Petra Jaya

Apa yang Menarik di Restoren Uncle Jack di Giant, Petra Jaya?

Baru-baru ini saya dan suami baru terjebak suka masuk ke Giant Mall ni. Itupun selepas dapat beli banyak barang rumah dengan harga offer yang sangat murah compare dengan di Emart Matang. Saya bagi contoh, waktu survey di Emart Matang, harga banquet table adalah RM129.00, tapi rezeki saya bila survey di Giant Petra Jaya, kat sana offer banquet table yang sama hanya RM59.90. Jauh bebeno beza harganya. Tu sebab terbuka tanpa sengaja pergi Giant ni.

Bila dah selalu ke Giant, terpandang pulak restoren uncle Jack ni , ada set nasi lemak dan air Rm2.00, apa lagi terus ajak suami makan nasi lemak. Tapi malangnya takda nasi lemak. Hanya ada waktu pagi je. Frust la juga. Nak buat frust tu, kami order je la set Fried chicken dua ayam plus nasi plus air berharga RM7.00. Murah kan?? 

Lepas tu saya order Karipap pusing uncle Jack 2 bijik. Sebijik berharga RM1.30. sedap juga.

Bagi kami, set ayam beserta nasi di uncle Jack ni memang sedap dan berbaloi-baloi dengan harga. Karipap kat sini juga anda wajib cuba. Memang takkan mengecewakan anda. 

Nasi lemak , saya tak dapat nak review lagi, sebab limited sangat nak makan. Jadi apa yang menarik di Uncle Jack ni adalah set menu ayam nya yang SEDAP & MURAH!!
Set menu di Restoren Uncle Jack di Giant Mall
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Apa yang Menarik di Restoren Uncle Jack di Giant, Petra Jaya"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top