Powered by Blogger.

Resepi Rendang Daging Mudah dan Sedap

Resepi Rendang Daging Mudah dan Sedap
Masak-masak untuk hidangan 1 Syawal yang lepas. Baru berkesempatan nak up entry resepi Rendang Daging versi mudah dan sedap ni. Rupanya taklah susah mana pun nak masak rendang. Hanya part bahan-bahan tu saja yang leceh sedikit. Hehe. Jom kita meRENDANG!

RESEPI RENDANG DAGING
Bahan - Bahan:
1/2 kg daging pejal (Kami guna daging batang pinang)
1/2 kg santan pekat
4 labu bawang besar (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
6 ulas bawang merah (kisar)
1 sudu teh ketumbar (kisar)
1 sudu teh jintan manis (kisar)
2 biji halia (kisar)
2 biji lengkuas (kisar)
10 batang serai (4 kisar, 6 ketuk)
15 tangkai cili kering (kisar)/4 sudu besar cili giling
2 paket kerisik (1 paket 40g)
serbuk kunyit
2 helai daun kunyit (potong halus)
2 asam keping
Garam dan gula

Cara-Cara:
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar dan serai ketuk. Masukkan cili kering kisar dan gula.Tumis hingga pecah minyak.


2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
3.Masukkan santan, kerisik dan asam keping dan sedikit garam cuma guna 2 sudu kecil garam.

4. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak. Masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.

5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yang dah dipotong halus. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!
Rendang Daging 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Rendang Daging Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top