Powered by Blogger.

Review Peti Sejuk Toshiba Model GR-T39MBZ (DS)

Review Peti Sejuk Toshiba Model GR-T39MBZ (DS)

Semalam 18 Julai 2016, Isnin saya ditemani ibu dan adik pefi survey peti sejuk di kedai-kedai barangan elektrik berdepan miramar kuching.  Saya target nak cari peti sejuk yang berharga sekitar RM1500 sahaja.

Setelah kedai demi kedai yang kami masuk, akhirnya saya buat keputusan dengan membeli peti sejuk jenama Toshiba. Perkara utama yang membuatkan saya terpikat dengan peti sejuk ni adalah design nya yang elegan dan juga saiz ruangan di bahagian freezer yang memanjang ke dalam. Bila saiz dia panjang ke dalam lagi mudah dan lebih ruang untuk kita simpan barang atau bahan mentah. Rata-rata peti sejuk jenama lain yang saya survey seperti Samsung, Sharp dan LG mempunyai saiz ruangan freezer yang kecil. Yang ni saya buat perbandingan berdasarkan harga yang lebih kurang sama antara satu sama lain.

Oklah, peti sejuk Toshiba yang saya beli ini adalah model GR-T39MBZ (DS) dan berharga RM1650. Dah nett price dan tak dapat nak tawar lagi. Warranti bagi alat pemampatan bagi Peti Sejuk Toshiba ini adalah selama 5 tahun dan tambahan masa perlindungan selama 7 tahun dengan mendaftar secara online di http//warranti.toshiba.com.my.

Apa lagi keistimewaan peti sejuk Toshiba ni? Ya. Antara lain keistimewaan peti sejuk ini adalah peti sejuk ini apabila di on, tidak menghasilkan bunyi yang bising. Sampai saya kena beberapa kali check untuk pastikan peti sejuk tersebut sudah on atau belum.

Selain itu, bahagian freezer peti sejuk Toshiba ni juga tiada fix tempat untuk buat ice cube tu. Maksudnya di sini, tempat buat ice cube tu kita boleh buka kalau tak nak guna. Kalau macam saya, memang saya tak guna, sebab nak mudah simpan bahan mentah.

Bagi saya, setiap peti sejuk ada keistimewaan masing-masing. Kalau nak lagi best dan besar, modalnya pun besar. Hehe. Saya mampu hanya sekitar rm1650 sahaja. Tu pun dah terlebih daripada bajet sepatutnya.
Peti Sejuk Jenama Toshiba
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Review Peti Sejuk Toshiba Model GR-T39MBZ (DS)"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top