Powered by Blogger.

Resepi Mudah Sardin Tin Goreng

Resepi Mudah Sardin Tin Goreng
Bila dah keluar menu sardin ni, maksudnya dah tak tau nak masak apa di samping malas nak masak lain. Hari ni, masak menu ringkas dan mudah sahaja iaitu Sardin Tin Goreng. Kalau saya letak sardin je takut kome pikir saya guna fresh sardin pulak. Haha. Sardin tin pilihan saya ofcourse sardin king Cup. Sedap. So jom kita menyardin hari ni.

Resepi Mudah Sardin Tin Goreng

Bahan-bahan:
1 tin kecil Sardin King Cup atau lain-lain
1 biji bawang besar di potong bulat
1 biji bawang merah dipotong kecil
2 ulas bawang putih dipotong kecil
Sedikit kicap masin kalau nak letak
Minyak masak untuk goreng ikan dan menumis
Cara-cara:
1. Asingkan isi sardin daripada kuah dan goreng isi sardin tersebut. Tahap garing ikut suka.

2. Tumis bawang merah dan putih dan kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga separa layu atau layu. Ikut suka tekak.

3. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Gaul pelan-pelan.

4. Masukkan kuah. Dan tambah kicap masin sedikit kalau nak. Kalau nak banyak kuah, boleh tambah sedikit air. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Mudah kan. Sedap hingga menjilat jari. 
Sardin Tin Goreng
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mudah Sardin Tin Goreng "

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top