Powered by Blogger.

Review Pengalaman Guna Aircond Brand GREE

Review Pengalaman Guna Aircond Brand GREE

Aircond atau penghawa dingin jenama Gree, mungkin jarang sekali kita dengar jenama ni. Aku pun kalau tak sebab nak beli aircond mungkin tak tau pun kewujudan aircond jenama ni.

Hasil pendapatan adsene aku sebelum ni, aku gunakan untuk membeli aircond. Walaupun tak cukup hanya RM400 pendapatan aku tu, tapi sekurang-kurangnya aku tau ke mana perginya duit hasil pendapatan adsene aku tu. Eh.. Termerapu kejap.

By the way, selepas Google beberapa info tentang aircond jenama Gree ni, akhirnya aku tertarik nak beli. Sebab yang pertama, sebab aircond ni selepas tolak rebate RM100, harga offer adakah RM809 termasuk pemasangan di rumah. Paling murah di kedai tempat aku selalu beli barangan letrik ni. Pada mulanya aku usya jenama Midea, tapi lebih mahal dengan harga RM897. Actually, aku dah terlebih pulak bajet ni untuk beli aircond. Selepas sesi tawar menawar, dapatlah aku membeli aircond ni dengan harga RM800 sahaja. 

Sebelum ni dalam 2 minggu yang lepas, time promosi harga aircond Midea bagi 1.0 h.p adalah sekitar RM720+ je include pemasangan. Menyesal pulak tak beli je terus hari tu. Tapi tu lah, duit banyak nak kena pakai ke perkara yang lebih penting.

Ok lah, bagaimana performance atau prestasi aircond 1.0 h.p jenama Gree ni? Ok ke tidak? Bagi aku, ok lah jenama ni, just maybe bilik aku yang terlampau besar (besar sangat ke?? Haha), so ambil masa juga untuk sejuk. Tapi oklah, dapat menghilangkan bahang panas di dalam bilik aku ni. Dan buat pertama kali nya malam semalam aku dapat tidur berselimut tebal balik. Ya Allah, syukur, nikmatnya tidur.

Bagi aku, kalau bilik korang kecil, dah memadai dengan membeli aircond 1.0 h.p je, tapi kalau rasa terlebih besar better ambik 1.5 h.p. Jangan ikut macam aku, modal kecil saja, jadi kekuatan aircond nya pun kecil je la, sesuai dengan harga. Haha.
Untuk aircond Gree ni, warranti adalah selama 6 tahun bagi motor, dan 1 tahun bagi spare part. Kira oklah tu kan. Moga Abg Gree ni berkhidmat baik-baik ye dengan kami. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Review Pengalaman Guna Aircond Brand GREE"

keren artikelnya gan
kunjungi juga ya gan dengan web kebanggan kami poker online indonesia http://www.betdanwin.com/
bonus 100% deposit dan ada komisi referral 50% untuk member yang mengajak teman-temannya mohon partisipasinya siapa tau membutuhkannya makasihh gan :)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top