Powered by Blogger.

Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Ramadhan ke 27 hari ini. Menu yang saya nak kongsi hari ini adalah Resepi Ayam Masak Merah yang sangat Mudah dan Sedap!!! Bahan-bahannya pun Simple sahaja dan mudah didapati. Jom usya Resepi Ayam Masak Merah yang sangat mudah ni.

Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Bahan-bahan;
1kg isi ayam (saya guna bahagian dada)
1 biji tomato
2 sudu besar susu cair sejat manis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu besar sos cili
150 ml air
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
Serbuk kunyit (untuk perap ayam)
Minyak untuk goreng ayam

Bahan untuk kisar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15-20 tangkai cili kering (dipotong dan direbus dahulu)

Bahan untuk dihiris:
1 biji bawang besar (potong bulat)
4 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara-cara membuat Ayam Masak Merah;

1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Selepas diperap, goreng ayam separuh masak. Jangan garing, untuk elak ayam jadi liat.

2. Tumis bahan yang dihiris beserta kayu manis dan  bunga lawang. Tumis hingga layu. Untuk menumis boleh guna minyak lepas goreng ayam tadi.

3. Masukkan pula bahan dikisar tadi beserta 2 sudu besar sos cili. Masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.

5. Masukkan air dan gaul rata. Letak gula dan garam secukup rasa.

6. Masukkan 2 sudu besar susu cair untuk pekatkan kuah. Kalau tak nak pekat sangat boleh kurangkan susu. Gaul rata.

7. Masukkan tomato yang dipotong 4. Gaul rata dan biarkan mendidih dan masak.

8. Siap untuk dihidang.

Mudah sangat resepi ni. Sangat sedap dan pasti nak lagi. Haha.

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap"

keren artikelnya gan
kunjungi juga ya gan dengan web kebanggan kami poker online indonesia http://www.betdanwin.com/
bonus 100% deposit dan ada komisi referral 50% untuk member yang mengajak teman-temannya mohon partisipasinya siapa tau membutuhkannya makasihh gan :)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top