Powered by Blogger.

Restoren Muara, Icom Square: THE BEST Sambal Nasi Ayam Penyet

Restoren Muara, Icom Square: THE BEST Sambal Nasi Ayam Penyet.

Waktu lunch tengahari tadi berkesempatan singgah di Restoren Muara yang terletak di Icom Square, Kuching. Restoren Muara ni lah yang menjadi buah mulut kawan-kawan di Facebook . Rata-rata memuji sambal nasi ayam penyet di sini sedap dan kaw.

Bila dah jejak kaki ke Restoren ni, memang nampak ekslusif dan selesa untuk jadi port makan. Yang penting bersih. Ok lah, tadi saya dan kawan saya, order set Lalapan Ayam yang berharga RM10.60.

Set Lalapan Ayam ni, power atau kekuatan kesedapan dia terletak pada sambal tu. Memang sedap dan pedas!!!! Sangat puas hati. Selama ni, sambal macam ni lah yang saya cari untuk Nasi Ayam Penyet. Sebab sebelum ni pernah makan sambal yang rasa macam ni, tapi kedai tu dah tutup. Haha. Sadis betol.

Buat anda yang tercari-cari mana nak makan Nasi Ayam Penyet, Restoren Muara ni sangat 'HIGHLY RECOMMENDED '. SAMBAL ayam penyet dia mampu buat hingus meleleh. Ni bagi yang tak tahan pedas lah.  So, Restoren Muara ni dah bolehlah masuk Listing tempat makan BEST & SEDAP di Kuching!!

Set Lalapan Ayam di Icom Square
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Restoren Muara, Icom Square: THE BEST Sambal Nasi Ayam Penyet "

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top