-->

Jimat Dengan Softlan Mini Pack

Jimat Dengan Softlan Mini Pack

Bila hidup di zaman ekonomi tengah tak menentu ni, semua benda nak dijimatkan. Daripada perkakas rumah hinggalah kepada makanan. Kalau tak berjimat, takut terkandas di hujung bulan. Oklah, meh nak kongsi salah satu penjimatan yang sudah lama aku praktikkan. Sesapa yang pernah guna Softlan mesti tahu kegunaan softlan ni kan. Yang paling utama adalah untuk meWANGIkan pakaian dan juga membantu megurangkan kedutan pakaian selepas dicuci.

Guna Softlan, anda boleh beli Softlan Mini Pack tu, kiranya ni macam pati pekat Softlan la, di mana anda kena bancuh pati ni dengan air. 1 pack mini Softlan ni muat untuk 2L botol Softlan yang selalu dijual sekitar RM7.50 ke atas. Kalau beli mini pack ni, kita dapat lebih penjimatan di mana harga 1 pack Sofltan mini pack ni adalah RM5.30. Lebih murah, lebih penjimatan dan lebih Mesra Alam di mana kita dapat mengurangkan penggunaaan dan pembuangan botol softlan di tapak pelupusan. :)
Jadi, lepas ni, bolehlah beralih arah dengan Softlan Mini pack ni. Botol sedia ada digunakan semula. Jimat jimat.

Berjimat dengan Softlan Mini Pack

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon