-->

Pakaian Renang Muslimah Murah di SportDirect, Vivacity

Pakaian Renang Muslimah Murah di SportDirect, Vivacity

Jalan-jalan menemani adik perempuan yang akan menjalani latihan polis nanti membeli belah barangan yang perlu dibawa. Antara barang yang perlu dibawa adalah pakaian renang. Menurut adik saya, dia dah survey mostly kedai yang jual pakaian renang muslimah, kebanyakannya mahal-mahal.

Mungkin rezeki kami bila pergi ke kedai SportDirect di Vivacity Mall, Kuching ni, ada offer pakaian renang muslimah. Kalau ikut pada harga offer yang ditagging adalah RM199. Adik saya cakap murah. So saya suruh je dia beli terus, tak payah nak survey lagi. Buang masa, dan buang minyak kereta. Haha. Selepas dah try dan dapatkan saiz sesuai, kami terus pergi ke kaunter pembayaran dan rupanya harga pakaian renang tu diturunkan lagi harga offer nya iaitu RM139.00. murah kan. Memang puas hati.
Hari tu juga, adik saya guna voucher Rm10 bagi setiap Rm100 pembelian. Dan total pembelian adik saya hari tu dapatlah less harga dalam RM50 lagi. Best juga beli barang bila asyik kena offer ni. Haha. Alhamdulillah. Dapat kurangkan sedikit kos barangan dia.

Jadi buat para wanita di luar sana terutama yang berada di sekitar Kuching, kalau nak cari dan beli pakaian renang muslimah, boleh beli di kedai SportDirect Vivacity Mall. Berbaloi - baloi.

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon