Powered by Blogger.

Resepi Kek Lapis India atau Kek Lapis Cadbury Mudah dan Sedap

Resepi Kek Lapis India atau Kek Lapis Cadbury Mudah dan Sedap

Actually Kek Lapis Cadbury ni sama ja dengan Kek Lapis India. Tapi disebabkan resepi saya kali ini tidak dicampur dengan kelapa kering, jadi lets we call it as Kek Lapis Cadbury ok!!! Sebab dulu-dulu kalau makan kek lapis India For sure akan rasa serat-serat kelapa tu. Dalam resepi ni, saya tak guna kelapa kering. Apa-apa pun jom terjah resepi kek lapis Cadbury yang sangat mudah dan sedap ni.

Kek Lapis Cadbury / Kek Lapis India
Resepi kredit : Jamayah bujang

Bahan-bahan:
loyang 8" x 8", 8.5''x8.5", 9"x9"
Saya guna loyang 8.5"x8.5"

450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
3 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning

Cara-cara:
1.Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega tabur tepong.

2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.

3.Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.

4.Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati.

5.Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.

6. Ambil 3 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.

7.Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.

8.Sejukkan kek sebelum dipotong.

Nota Peringatan dalam membuat Kek Lapis Cadbury:
#Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
#Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
#Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
#Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik.
#Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
#Cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Kalau saya, saya prefer tutup coklat dengan adunan. Lagi mudah!

#Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
Kek Lapis Cadbury

Video pemprosesan kek lapis India atau lebih dikenali sebagai kek lapis Cadbury
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kek Lapis India atau Kek Lapis Cadbury Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top