Powered by Blogger.

Berjaya Tukar Kad ATM Baru Maybank

Berjaya Tukar Kad ATM Baru Maybank

Setelah kali ketiga berkunjung ke cawangan Maybank, baru hari ini saya berjaya nak tukar kad ATM lama kepada yang baru. Itu pun selepas 2 jam menunggu untuk dipanggil nombor giliran. Memang kena banyak-banyak bersabar lah ya kalau korang nak tukar kad ATM ni.

Nasihat saya, janganlah buat last minit jika tak nak susah di masa akan datang. Nak tukar kad ATM kat Maybank ni, hanya perlu ambil nombor giliran dan bagitahu nak buat urusan penukaran kad ATM. Bagi anda yang tengah kejar masa, baik tanya dulu anggaran nombor giliran sekarang dan bilangan yang menunggu. Takut anda lama menunggu nanti. Macam saya tadi, angka giliran sekarang adalah nombor 003, dan angka giliran yang saya dapat adalah 018. 2 jam juga saya menunggu tadi.

Proses nak buat atau tukar kad ATM tu takda lah lama. Dalam anggaran 15 minit untuk seorang . Menurut pegawai Maybank tadi, kita juga ada option lain untuk tukar kad ATM tu, iaitu menerusi Website Maybank2u. Kad ATM baru akan di pos ke alamat kita dan arahan untuk set pin nombor perlu dilakukan di atm. Menurut beliau lagi, anggaran tempoh kad ATM dipos ke kita adalah lebih kurang 2 minggu. Yang ni untuk mereka yang betul-betul sabar lah ya. 

Dan satu lagi risiko kalau buat maybank2u, sekiranya dah apply penukaran kad melalui website maybank2u,,dan masih belum terima kad, kita tidak dapat untuk buat penukaran kad lagi di mana-mana cawangan Maybank. Korang kena setel kan dengan berhubung dengan customer service hq. Huishh. Kalau saya memang tak lah nak ambil risiko tu. Takut saya pula panas hati di kemudian hari.

Beza kad ATM lama dengan yang baru adalah kad ATM baru mempunyai tanda wave pada bahagian atas kad. Dan sebab utama perlunya tukar ke kad baru adalah atas sebab keselamatan, di mana selepas ini bila kita guna debit kad untuk pembayaran pembelian barang, perlu letak ni pin kita. So selamat sedikit sekiranya kad kita hilang dicuri.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Berjaya Tukar Kad ATM Baru Maybank"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top