Powered by Blogger.

Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

Tajuk entry tak boleh blah kali ini. Dengan mengangkat peribahasa Melayu, tajuk kali ini berkisarkan tentang usaha gigih aku yang nak juga buat Mille Crepe Cake atau lebih dikenali sebagai Crepe Layer Cake walaupun banyak ja dugaan datang menghalang.

Nak dijadikan cerita, hari Ahad lepas, keinginan aku membuak-buak untuk buat Mille Crepe Cake ni. Bila dan siap adunan untuk crepe, ahhh sudah, tiba-tiba mata aku jadi blank, tu petanda migrain aku nak datang. Siap je adunan, aku terus letak adunan tu ke dalam peti sejuk, dan terus baring di katil. Aku ambik masa lebih kurang setengah jam nak release blank di mata aku.

Bila kurang sikit blank, aku dah nk give up, untuk taknak teruskan buat crepe Cake ni. Aku baring lagi, tidur kejap. Lepas bangun, mata aku dah ok sikit dan semangat tu datang balik. Ni nak tak nak memang aku kena buat ni, kalau tak bermaharajalela semut-semut menhurung gula yang dah aku timbang untuk buat adunan custard.

Akhirnya setelah lebih 6 jam bertungkus lumus di dapur dengan asyik gap berehat kejap di bilik (nak ambik sejok aircond) akhirnya Mille Crepe Cake With Vanilla CUSTARD berjaya disiapkan. Alhamdulillah. Jadi benarlah kata peribahasa ni, Hendak Seribu Daya, tak hendak seribu dalih. Akhirnya berkat semangat jitu aku, merasa jugak nak makan Mille crepe Cake ni. Memang sedap. Tak sia-sia aku sampai migrain dan stress sepanjang hari Ahad lepas.. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top