Powered by Blogger.

Resepi Wantan Ayam Mudah dan Sedap

Resepi Wantan Ayam Mudah dan Sedap

Disebabkan kulit pastry Wantan ni dah terlampau lama sangat berada dalam peti ais, hari ini terpaksa merajinkan diri untuk buat Wantan Ayam. Wantan isi ayam je la ye sebab isi ayam je ada dalam stok peti ais. Kulit pastry ni saya beli di Giant, kat pasaraya lain susah pulak nak jumpa da jual kulit pastry Wantan ni.

Seperti biasa, anda tak perlu risau, resepi saya memang untuk kita-kita yang sangat rajin ni tapi kekonon nak juga buat makanan di hujung minggu. Konon.. Haha. Jom terjah.

Resepi Wantan Ayam Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

Kulit pastry Wantan

Untuk Inti*
500 gram isi ayam dicincang halus atau blend. Jangan halus sangat ye.
4 ulas bawang putih dicincang halus
Lada hitam
2-3 sudu makan sos tiram
2 sudu kecil garam
1 batang lobak disagat halus
1 biji telur dikacau terlebih dahulu

Cara-cara:
1. Campur dan gaul rata kesemua bahan Inti di atas dan rasa anda boleh tambah lagi garam kalau kurang masin.

2. Ambil satu kulit wantan dan isi sesudu makan inti dan letak atau tepek sedikit air putih pada kulit wantan untuk lekat ketika dibunjut.

3. Sedia untuk digoreng.

Untuk lebih sedap, anda boleh cicah Wantan Ayam ni guna sos life Thai. Memang perghh. All the best guys.

Wantan Ayam
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Wantan Ayam Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top