-->

Resepi Kuih Peneram Mudah


Terima kasih kepada Saudari Suhaila Ishak atas perkongsian Resepi Kueh Peneram ini. Saya kongsikan di sini agar mudah untuk saya rujuk di masa akan datang dan juga sahabat-sahabat yang ingin membuatnya sendiri.

Menurut beliau, kuih peneram ini garing di luar dan lembut di dalam. Terus terliur dah ni. Nak buatnya alahai, tunggu vitamin r la gayanya.

Resepi Kuih Peneram
Perkongsian Drpd: Suhaila Ishak

Bahan-bahan:
500 gm tpg beras
300 grm gula merah
100 grm gula pasir
220 ml air

Cara-cara:

Sumber gambar: Saudari Suhaila Ishak

1. Campurkan air, gula merah, dan gula pasir. Kacau dan sekadar didihkan saja.

2. Selepas itu,  terus tuang dan tapis pada tepung ketika masih panas. Kacau guna senduk bagi sebati. Perap sekurang-kurangnya 5 jam.

3. Selepas diperap,  boleh di terap. Buat nipis sahaja.

4. Goreng dengan minyak yang betul-betul PANAS. TAPI API PERLAHAN.

Selamat mencuba.
Resepi Kuih Peneram
Sumber Gambar: Saudari Suhaila Ishak

Baca juga:

0 Comments



Emoticon