Powered by Blogger.

Resepi Cucur Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

Resepi Cucur Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

Seperti kebiasaan, resepi-resepi yang saya kongsikan di sini semestinya resepi yang Super Mudah tetapi sedap. Biasalah, tuan punya blog ni pun bukan nya rajin bebeno pun nak buat resepi yang rumit dan leceh ni. Haha. Cakap paling mudahnya malas lah. Haha.

Oklah, waktu perang-perang lepas balik kerja mesti rasa nak mengunyah-ngunyah kan. Jadi, apa kata kita buat cucur ikan bilis yang confirm terlajak laris ni. Resepi ni saya buat main campak-camosk je tau. Takda nak blend bagai.

Resepi Cucur Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

5 ulas bawang merah dihiris halus
5 ulas bawang putih dipotong kecil
4 biji cili padi dipotong kecil
Daun bawang dipotong kecil
Segenggam ikan bilis. Basuh dulu tau.
500 gram tepung gandum
Air putih secukupnya
Garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, daun bawang dan ikan bilis ke dalam tepung gandum. Gaul rata.

2. Masukkan air putih dan gaul rata. Agak-agak dah separa cair, masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. 
(* Pastikan adunan tidak terlalu cair tau, nanti cucur terlampau berminyak dan tak sedap)


3. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur ikut saiz yang anda suka. Kalau saya, saya suka guna sukatan sudu makan, tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang bersama sos kegemaran anda.
(* Saya suka cicah dengan sos life cili)

Oklah, senang kan? Kan? Lebihan adunan boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh goreng bila-bila masa lain. Mudah dan cepat. Selamat bercucur.
Cucur Ikan Bilis
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Cucur Ikan Bilis Mudah Dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top