Powered by Blogger.

Tiket Penerbangan Murah Airasia ke Yogjakarta tahun 2017

Tiket Penerbangan Murah Airasia ke Yogjakarta tahun 2017

Bila dah AirAsia buat promosi penerbangan murah ni, mata agak bersinar-sinar tengok harga tiket. Kalau boleh nak je grab tiket pergi ke destinasi lain seperti Hong Kong atau ho chi min, sementara tiket murah ni. Tapi tu lah, jangan tamak, takut makan diri di kemudian hari.

Disebabkan saya dah terlebih dahulu beli tiket ke Sabah, saya terpaksa postpone kan tarikh percutian ke Yogjakarta dengan jarak beberapa bulan. Ini bagi memudahkan proses nak kumpul duit. Dah habis kat Sabah, jadi kena kumpul balik untuk ke Jogjakarta. 

Promosi tiket murah atau free seat ni bermula dari 4 September 2016 yang lepas. Berjaya grab tiket ke Yogjakarta bagi saya suami isteri dari Kuala Lumpur ke Yogjakarta pergi dan balik dan jumlah harga tiket adalah RM270 termasuk yuran pemprosesan. Tiket ke Yogjakarta ni saya beli guna direct debit sebab dah tak nak tanggung kos kad kredit yang gila tinggi. Harga tiket pergi dan balik untuk seorang adalah RM133 sahaja. Murahkan.

Just tiket dari Kuching ke Kuala Lumpur sahaha kami belum beli, tunggu fulus aka duit gaji next bulan. 
Moga perancangan percutian ke Yogjakarta ni akan berjaya dan dipermudahkan. Amin..

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tiket Penerbangan Murah Airasia ke Yogjakarta tahun 2017"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top