-->

Tanda dan Gejala Zika

Tanda dan Gejala Zika

Zika
Sumber: Fan FB KKM

Sejak beberapa hari yang lalu, panik di kalangan masyarakat awam berlaku apabila satu kes jangkitan dari luar Zika telah dikesan di Malaysia. Kes pertama adalah dari Klang, Selangor yang baru sahaja kembali dari Singapura selepas melawat anaknya di sana. Kes tersebut telah dikesan positif bagi Virus Zika. Umum sedia tahu bahawa negara jiran kita iaitu Singapura telah dilanda wabak Zika. 

Dan semalam, satu lagi kes Zika telah dikesan di Sabah, dan ia merupakan jangkitan tempatan, di mana kes tersebut tidak pernah mengunjungi mana-mana negara terjejas dengan Zika. Nampaknya Zika telah bertapak di Malaysia tanpa kita sedar.

Tanda dan gejala Zika adalah : 


  • Sakit kepala dan sakit sendi
  • Konjunktivitis (Mata kemerahan)
  • Demam ringan
  • Ruam Kulit
Tanda dan gejala Zika ini lebih kurang sama dengan demam denggi. Hanya sedikit mangsa yang dijangkiti akan mengalami komplikasi selepas jatuh sakit kesan daripada virus Zika ini. Kebiasaannya, jangkitan akan dikesan selepas 2-7 hari selepas digigit nyamuk penyebar virus tersebut.

Cara penyebaran Virus Zika:

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes, iaitu spesies nyamuk yang sama menyebarkan sakit demam denggi dan Chikungunya.

Selain menerusi nyamuk Aedes, virus Zika juga boleh disebarkan melalui hubungan seks, iaitu daripada kes yang dijangkiti Zika kepada pasangannya.


Cara Mengelak dari Dijangkiti Zika:

  • Musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes atau air bertakung di kawasan rumah atau kawasan kediaman anda.
  • Musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes
  • Musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes
  • Musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes
  • Musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes
  • Elakkan berkunjung ke negara atau tempat yang mempunyai kes 
  • Pakai pakaian bertutup; lengan panjang dan seluar panjang untuk elak digigit nyamuk
  • Guna Repellent Nyamuk
  • Guna kelambu ketika tidur
  • Elakkan keluar rumah pada waktu senja dan subuh (anggaran masa: 5 pagi hingga 8 pagi, dan 5 petang hingga 8 malam)
  • Elakkan melaku seks (tanpa kondom) sekiranya pasangan anda disahkan dijangkiti virus Zika.
Saya highlight kan Musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes, kerana ini PENTING dalam memastikan kawasan kediaman kita BEBAS dari nyamuk Aedes.



Bahaya Zika:

Bahaya kepada Wanita Mengandung. Wanita mengandung yang dijangkiti virus Zika, menyebabkan bayi yang dikandung mengalami kecacatan di mana menyebabkan kepala bayi menjadi kecil dan pertumbuhan otak terganggu. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon