Powered by Blogger.

Resepi Biskut Coklat Chip Mudah

Scroll Facebook, seperti biasa jumpa sahabat di Facebook share resepi biskut coklat chip ni. Ala-ala cookies famous amous gitu. Yang menarik perhatian saya, resepi ini tanpa menggunakan telur. Senang lah untuk para ibu di luar sana yang nak buat cookies tanpa telur untuk anak mereka yang alergik telur. Boleh guna resepi ni. Mudah.

Terima kasih kepada pemilik Akaun Facebook bernama Cik Puan Afina sebab sudi berkongsi resepi biskut coklat chip ni. Semoga makin dimurahkan rezeki.

Ohya bila saya dah share resepi di sini maksudnya saya berminat nak buat. Just tunggu bila ada kelapangan masa. Insyaallah. Jom terjah resepi biskut coklat chip ni.

Resepi Biskut Coklat Chip Mudah
Sumber: Cik Puan Afina

Bahan-bahan:
300 gm butter
80 gm gula aising (diayak)
90 gm gula perang (jika diayak lagi bagus)
1 sudu kecil serbuk koko (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonate (diayak)
1 sudu kecil baking powder(diayak)
125gm coklat chips
320 gm tepung gandum - diayak (saya guna cap ros )

Cara-caranya:
1. Pukul butter, gula aising dan gula perang hingga berkrim. Saya guna senduk kayu je. Sapa yang ada mixer pun boleh guna mixer.
2. Masukkan serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder dan gaul sebati.
3. Masukkan coklat chips. Gaul rata.
4. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Tekstur adunan kelihatan seperti tekstur aiskrim.
5. Masukkan adunan dalam piping bag. Pipekan secara membukit sebesar saiz 20 sen.
6. Bakar suhu 160°c selama 18 minit hingga 20 minit. Guna api atas bawah. Kalau oven anda jenis panas kuat boleh kurangkan suhu ya. Bergantung pada oven masing-masing.

Sumber gambar: Cik Puan Afina
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Biskut Coklat Chip Mudah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top