Powered by Blogger.

Resepi Japanese Sponge Cheese Mudah dan Sedap

Resepi Japanese Sponge Cheese Mudah dan Sedap

Akhirnya, setelah lama duk perati je geng- geng di Facebook share dan buat Resepi Japanese Sponge Cheese Mudah dan Sedap, baru hari ini saya berjaya buat. Itu pun bersebab. Sebab esok nak raya Aidiladha. Kalau tak, entah bila la nak buatnya.

So far kek ni bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. I like. Kos pun tak lah mahal sangat. Sedap pun sedap. Just kejadian kek saya tidak tinggi sangat sebab saiz acuan saya besar. Jadi tak mampu la nak tengok goyang-goyang Inul ya. Haha. Thanks kepada Pn Qalisya Lisya Illa atas perkongsian Resepi.

Bonus untuk anda, scroll bawah sekali saya ada serta kan video cara saya membuat Japanese Sponge Cheese Cake ni ok. Selamat menonton dan selamat membaking.

Japanese Sponge Cheese Cake hasil tangan saya

Gebuss

Jangan tiru macam saya sebab saya takda acuan kecil.
Guna acuan yang standard saiz k untuk kek yang lebih
Tinggi


Resepi Japanese Sponge Cheese Mudah dan Sedap

Sumber dari : Pn Qalisya Lisya Illa

Bahan-bahan :

70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila

Bahan-bahan diperlukan



Cara membuat :
1) Carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar

2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.

3) kemudian masukkan butter dan kacau lagi sehingga betul2 larut.

4) tutup api dan biarkan sebentar

Step 1 hingga 4

5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)



6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang



7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul2 larut.

8) kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau. Pastikan adunan tidak berketul.

9) setelah semua betul betul larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.

10) akhir sekali baru letak esen vanila.

Step 7 hingga 10



Cara bakar:
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut

2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut

3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit. (ikut oven masing-masing)

Cara pembakaran kek





Jom layan video cara saya buat Japanese Sponge Cheese Cake ni.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Japanese Sponge Cheese Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top