Powered by Blogger.

Pancake Spaghetti di Pizza Ria, Kuching

Pancake Spaghetti di Pizza Ria, Kuching

Malam ini tiba-tiba teringin pula nak makan spaghetti di Pizza Ria ni. Rasa macam dah lama pula tak makan. Saya bawa adik-adik bulus saya sekali kebetulan adik perempuan teringin nak makan Pancake Spaghetti ni.

Saya seperti biasa order Pizza Ria Special iaitu kombinasi Spaghetti dan pizza berharga RM7.00. Pancake Spaghetti pula berharga RM7.20. Saya yang pada mulanya tak teringin nak makan Pancake Spaghetti, tapi bila tengok order adik-adik sampai, terus suruh husband order lagi pancake Spaghetti satu lagi. Tamak betul.

Bagi saya Pancake Spaghetti tu sangat menarik dan sedap. Ingatkan Pancake tu, hanya Pancake semata-mata, rupanya dalam Pancake tu ada isi daging cincang. Perghhhh.. memang sedap. Wajib order lagi lepas ni kalau teringin Spaghetti sini.

Harga menu di sini sangat berpatutan dan suasana kedai pun sangat selesa untuk santai dengan famili dan kawan-kawan. Kalau Datang berkunjung ke Kuching, try la makan di Pizza Ria ni k, kedai ni tak jauh dari Pasar Minggu Satok, Kubah Ria.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pancake Spaghetti di Pizza Ria, Kuching"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top