Powered by Blogger.

Gangguan Mimpi

Minggu ni aku kena gangguan mimpi ular 3 malam. Malam pertama, aku mimpi aku  bunuh seekor ular belang hitam putih , malam kedua aku mimpi berdepan dengan seekor ular ketika meredah air banjir bersama kawan, dan malam ketiga aku mimpi melihat banyak jenis ular pada dahan pokok di tepi rumah.

Sebenarnya dah banyak kali juga aku kerap mimpi ular ni dari zaman aku remaja lagi. Tapi itulah, orang-orang dulu cakap kalau mimpi ular tu tandanya ada orang nak masuk meminang. Hmm. Sebenarnya bila aku rujuk lagi dengan mereka yang lebih arif dan ustaz-ustaz, petanda mimpi ular ni adalah petanda yang tidak bagus dan disarankan kita ikhtiar berubat secara perubatan Islam.

Selain dari mimpi ular, pada sekitar bulan April atau awal Mei 2016 yang lepas yakni sebelum aku tahu pregnant, aku bermimpi menyusukan bayi . Memang rasa sangat real mimpi tu, rasa seolah-olah memang betul ada bayi yang hisap breast. Waktu terbangun pun aku terpinga-pinga sebab rasa macam betul-betul berlaku. Aku ada ceritakan pasal mimpi aku ni dengan kawan aku, dan dia merujuk kes aku dengan ustaz tempat dia mendapatkan rawatan ruqyah, dan ustaz tu bagitau mimpi tu mungkin tanda-tanda saka.

Hmm.. Serius, aku cuak. Takut pun ada. Malam Rabu lepas aku dah gi berubat secara perubatan Islam iaitu Ruqyah, namun tak da kesan apa-apa. Apa mungkin diri aku ini memang benar sakit rohani? Sakit jiwa? Atau Sakit kesan dari mimpi-mimpi tersebut. Ya Allah, kau lindungi hamba Mu ini dari sebarang gangguan sihir, jin dan makhluk-makhluk halus. Aminn.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Gangguan Mimpi"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top