-->

Follow-up Bulan ke 8 Braces

Follow-up Bulan ke 8 Braces

Follow-up Bulan ke 8 Braces adalah pada hari ini iaitu 23/9/2016. Gambar pertama adalah gambar pada hari ini iaitu sebelum ditukar tali pada Braces. Abaikan tali getah yang kuning-kuning tu ok.

Nampak tak perubahan lain pada bahagian gigi atas? Gigi sebelah gigi taring dah bergerak ke tepi bagi memberi laluan kepada gigi 'rabbit' kat tengah tu nak mengatur kedudukan. Tak tau nak panggil apa gigi paling depan bahagian atas tu, so kita mention as gigi 'rabbit'je la ye. Haha. Janji korang paham.

Follow-up kali ini , doktor chen tak pasang tali pada bahagian gigi atas lagi, tapi Dr chen pasang tali '8 shot ' warna merah seperti dalam gambar kedua pada bahagian gigi bawah. Tak sakit, just gigi depan bawah tu agak ngilh sedikit ketika mengunyah. Tapi tak sesakit followup bulan lepas. 3-4 hari juga saya tahan sakit gigi dan denyut kepala.

Kalau korang nak tau lebih lanjut perjalanan Braces saya ni, korang boleh taip kat bahagian Search kat atas blog saya ni dengan menaip BRACES dan tekan SEARCH. akan keluar beberapa post yang lepas-lepas berkenaan perjalanan saya ketika follow-up Braces. Moga memberi panduan kepada yang tengah nak riki tempat buat rawatan Braces. All the best to me and u guys. 

Rawatan Braces Pada 23/9/2016

Perubahan gigi atas dan bawah setakat 23/9/2016

Baca juga:

0 Comments



Emoticon