Powered by Blogger.

RESEPI MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

RESEPI MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard


Dah lama betul saya teringin nak makan crepe Cake layer ni. Nak cari bakery yang halal buat crepe Cake ni di Kuching memang susah. Sebab lama sangat menyimpan keinginan nak makan Crepe layer Cake ni, saya Google resepi crepe layer Cake ni dan jumpa resepi di blog azlitamasammanis.com. Thanks kepada kak azlita sudi share cara-cara yang mudah untuk buat kek crepe ni.

Alhamdulillah, walaupun saya berdepan dengan migrain ketika di pertengahan jalan membuat kek ni, akhirnya kek ni berjaya disiapkan dalam tempoh 6 jam. Rasa kek ni memang sedap. Padanan rasa crepe dan vanila CUSTARD memang terbaik, dan bila makan time masih sejuk rasanya seaakan aiskrim. Kiranya tidak mengecewakan la crepe Cake ni. Saya buat crepe Cake ni dengan 22 lapisan crepe.

Ohya, proses membuat kek ni, anda kena sedia tiga adunan. Iaitu, kek span bagi dasar kek, adunan crepe dan filling vanilla CUSTARD. Macam saya, saya buat adunan crepe dulu, then letak dalam peti sejuk dalam 30 minit. Selepas siap adunan crepe saya terus buat adunan kek span dan terus bakar. Sementara menunggu kek span dibakar, saya membuat vanilla CUSTARD. So masa tidak terbuang begitu sahaja.

So jom terjah resepi crepe layer Cake yang sangat padu dan Sedap ni.

RESEPI MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD
Kredit: AzlitaMasamManis.Com

Resepi CREPE:
140gm tepung kek (Self Raising Flour)
20 gm tepung jagung
80 gm gula castor
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter (dicairkan)
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara Membuat Crepe:
1. Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak.

2. Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tidak berketul-ketul.

3. Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi.
Kacau rata hingga sebati

4. Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin.

5. Tambahkan butter yang telah dicairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata.

6. Kemudian tapis. 

7. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit

8.Sediakan kuali leper yang tak melekat.
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas.

9. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali.

10. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.

11. Biarkan hingga permukaannya kering dan  lapisan bawahnya kuning keemasan.
Tak perlu di balikkan .Terus angkat.

12. Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik. Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering.

"Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.




RESEPI KEK SPAN VANILLA

Bahan A
2 biji kuning telur
10 gm gula castor

Bahan B
2 biji putih telur
50 gm gula castor
45 gm tepung
15 gm susu tepung
35 gm butter dicairkan

Cara-cara Membuat Kek Span Vanilla:

1. Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 inc. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
3.Putar putih telur hingga kembang.

4. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku.

5. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.

6. Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna.

7. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.

8. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit.
**Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk


RESEPI VANILLA CREAM CUSTARD
Kredit: azlitamasammanis.com


Bahan-bahan:

300 ml whipping cream
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara Membuat Vanilla CUSTARD:


1. Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.

2. Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung. Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.

3. Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

4.  Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
5. Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.

6. Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla. Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin.

7. Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental dan bertanduk.

8. Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.


Proses Melapis Crepe Cake;

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crepe kita.

1. Keluarkan kek span dari acuan Dan letakkan atas lapik kek.

2. Kemudian sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur sedikit air.(yang ni saya tak buat sebab takda lemon).
Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada cream.

3. Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan.

4. Kemudian letakkan sekeping crepe tadi.
Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata.

5. Kita letakkan lagi sekali cream custard.
Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.

*Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras
* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "RESEPI MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top