-->

Wajib Tukar Kad ATM tahun ini!

Wajib Tukar Kad ATM tahun ini!

Sebenarnya lama dah pasal berita penukaran kad ATM bank ni. Just baru-baru ini baru ada niat nak buat setelah kad ATM tak dapat akses bila nak buat bayaran secara debit di pasaraya. Cashier tu tanya, samada dah tukar kad ke belum? Sebabnya mesin kad ATM utk pembayaran tu hanya boleh detect cip kat ATM baru. Nasib baik, kaunter lain ada mesin yang masih dapat reading kad lama.

Disebabkan taknak last minit buat kerja nanti, saya pergi ke Bank Islam terlebih dahulu bagi menukar kad ATM saya. Wajib ke sini dulu sebab akaun Bank Islam ni adalah akaun untuk keluar masuk gaji saya.
Proses untuk menukar kad ATM di bank Islam sangat memuaskan. Tak perlu tunggu lama dan sangat cekap. Terbaik staf-staf Bank Islam cawangan Satok. Menurut pegawai kaunter, untuk bulan September 2016 ini, Bank Islam akan beroperasi sehingga pukul 7.00 malam bagi penukaran kad ATM. Bagus kan. Kalau tau awal, saya pergi Maybank je dulu tadi.

Selepas selesai tukar kad ATM di Bank Islam, saya ke Maybank pula untuk tukar kad ATM. Malang seribu kali malang bila dah jenuh berbaris lama, baru pegawai dia cakap tak dapat tukar kad ATM lagi sekarang ni, sebab dah ramai orang. Gila frust. Punya panjang que, baru ko nak bagitahu.  Buang masa, buang tenaga. Sangat kecewa dengan servis Maybank kali ini.

Apa-apa pun, buat anda yang belum tukar kad ATM tu, segera lah tukar k. Macam Maybank, dah dua kali saya gi, dua kali memang ramai orang nak tukar kad. Jadi, jangan buat last minit ok.

Baca juga:

4 Comments

avatar

kalau tukar guna m2u x leh yer.

Balas delete
avatar

Boleh. Tp rasa cam x confident n selamat pula tukar kad via website m2u.

Balas delete
avatar

Klau baru buat Thun ni pon nk kena tukar baru gakke

Balas delete
avatar

Hai ct Maryam

Kalau dah ada tulis paywave debit pada kad , rasanya x perlu tukar lagi kot .

Balas delete



Emoticon