Powered by Blogger.

10 Kerja Partime Tanpa Modal



Bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau memerlukan pendapatan sampingan bagi menampung keperluan hidup, terdapat beberapa kerja sampingan atau part time yang boleh diceburi tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Antara kerja part time yang boleh dilakukan bagi mendapatkan wang atau pendapatan extra adalah:

#1 : Menjadi ejen dropship.
Dropship bermaksud anda menjadi sebahagian daripada ejen untuk memasarkan atau menjual barangan si penjual. Kelebihan dropship adalah anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan stok. Anda mendapat keuntungan dari segi komisyen ataupun dari harga jualan.

#2 : Menawarkan khidmat 'Runner'
Anda boleh menawarkan khidmat servis sebagai runner, iaitu servis untuk menghantar atau mengambil barang. Contohnya, anda boleh menjadi runner untuk melakukan penghantaran makanan homemade ke rumah pembeli.

#3 : Menawarkan servis mencuci pakaian, menyerika pakaian atau melipat pakaian.
Ketiga-tiga servis ini anda boleh pelopori lebih-lebih lagi jika anda adalah fulltime housewife.

#4 : Servis mengemas dan membersihkan rumah
Khidmat mengemas dan membersihkab rumah ini juga anda boleh lakukan pada sebelah malam (ketika tuan rumah ada dirumah) ataupun dihujung minggu. Dengan peredaran zaman sekarang tidak mustahil ada yang mungkin berminat dengan servis yang anda tawarkan.

#5 : Servis menghantar budak ke sekolah
Servis ini juga amat mendapat sambutan lebih-lebih lagi di Bandar-bandar besar dan sibuk.


#6 : Servis memotong rumput
Anda perlu tahu, di kawasan perumahan majoriti penduduknya adalah golongan bekerja dan mereka lebih suka untuk mengupah tukang rumput untuk memotong rumput. Jadi ambil peluang ini untuk menjana pendapatan anda.

#7 : Servis menjaga haiwan peliharaan
Servis untuk menjaga haiwan peliharaan seperti kucing juga boleh anda tawarkan. Ini kerana, majoriti penduduk bandar dan semi bandar ada memelihara haiwan peliharaan dan memerlukan orang untuk menjaga haiwan tersebut sekiranya mereka kena outstation.

#8 : Khidmat Tuisyen
Sekiranya anda berkebolehan dalam mengajar subjek-subjek tertentu. anda boleh menawarkan khidmat tuisyen di rumah anda atau pun hometuisyen.

#9 : Menjadi Pengasuh Kanak-kanak
Anda juga boleh menjadi pengasuh dengan mengambil upah untuk menjaga kanak-kanak atau bayi di rumah anda.

#10 : Bekerja part time di kedai makan.
Bagi golongan pelajar, part time di kedai makan antara kerja yang boleh dilakukab bagi mendapatkan wang. Selain itu, surirumah juga boleh bekerja secara part time di kedai makan. Mungkin boleh bekerja di kedai makan yang beroperasi pada sebelah malam sahaja ataupun siang sahaja.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "10 Kerja Partime Tanpa Modal"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top