-->

Twin Otter Mukah to Kuching

Pada Bulan Puasa lepas, aku dan beberapa rakan sekerja berpeluang kursus di salah satu daerah di Sarawak iaitu Mukah. Untuk trip ke Mukah ni, kami bertekad nak guna flight. Part ni yang aku teruja sedikit nak ke Mukah ni, sebab flight nak ke Mukah ni, ko nak tak nak memang kena naik Twin Otter Maswing. Fuhhh.. Twin Otter ni kecil je, mampu memuatkan lebih kurang 20 orang penumpang sahaja.

Satu yang aku rasa lucu sangat, bila time check in beg, staff Maswing ni suruh aku gi timbang diri aku beserta sekali dengan barangan aku. Hahaha.. Memang aku bantai gelak. Mungkin relevant nya di sini sebab ni kan kapal terbang kecil dan taknak over berat. Takut tak naik pulak flight ni nanti. Tak sampai pulak aku kat Mukah nanti. Ok lah, ni aku sertakan video yang aku sempat ambil waktu flight nak balik ke Kuching. Best juga naik twin otter ni. Ni baru la feel sikit naik kapal terbang. :) Kalau naik ni dapat bawak anak-anak buah aku ni mesti best. Confirm teruja lebih dieorang nanti.



Baca juga:

0 Comments



Emoticon