Percutian ke Kuching, Sarawak adalah tidak lengkap sekiranya anda tidak mengunjungi beberapa tempat yang saya senaraikan di bawah.Ye lah, dah jauh-jauh datang merentas Laut China Selatan takkan nak terperuk kat hotel je kan.
Bagi saya sendiri yang memang orang tempatan Kuching, Sarawak, antara beberapa tempat yang wajib anda kunjungi dan lawat adalah:
1. Kuching Waterfront
2. Tugu Patong Kuching
Tugu Patong Kucing ni kiranya landmark bagi Bandaraya Kuching ni. Dah datang Kuching, kenalah posing kat sini kejap sebagai tanda korang dah pun sampai di Bandaraya Kuching.
3. Damai Central
Terdapat landmark baru di Kuching, iaitu burung enggang coklat di tepi pantai di Damai Central ni. Bolehlah berkunjung ke sini, relaks2 dan santai sambil layan angin sepoi-sepoi dari laut.
4. Kampung Budaya Sarawak
Haa.. Kampung Budaya Sarawak ataupun lebih glemer dipanggil Sarawak Cultural Village di kalangan pelancong asing merupakan antara tempat yang paling anda WAJIB pergi. Jangan skip. Kat sini, anda akan menjelajah ke rumah-rumah setiap etnik utama di Sarawak. Selain itu, anda juga berpeluang belajar dan mengenali lebih dekat setiap budaya masyarakat atau etnik di Sarawak. Tak kenal maka tak cinta kan?
5. Kampung Annah Rais
Perkampungan Annah Rais ni terletak di Jln Puncak Borneo Padawan. Kalau banyak masa terluang boleh pergi ke sini tapi perjalanannya agak jauhla. Kira-kira 1 jam lebih perjalanan dari Bandaraya Kuching. Perkampungan ni adalah perkampungan asli masyarakat Bidayuh di Padawan. Rumah panjang yang real dan cantik. Mana tahu nak merasai naik rumah panjang yang betul-betul.
6. Pasar Serikin
Pasar Serikin ni pun agak jauh sedikit dari Bandaraya Kuching iaitu terletak kira-kira 50 lebih km daripada Bandaraya Kuching. Pasar ni terletak di antara sempada Sarawak-Indonesia. Pelbagai barang dan kain-kain yang unik ada dijual di sini.
7. Pasar Minggu Satok (sekarang dah pindah ke Kubah ria)
Tak lengkap rasanya kunjungan ke Kuching sekiranya anda tidak mengunjungi Pasar Minggu Satok di Kubah Ria. Di sini anda dapat melihat suasana pasar di Kuching, Sarawak. Pelbagai barangan hasil hutan ada dijual di sini.
8. Taman Sahabat
Taman Sahabat ni terletak di kawasan Tabuan. Taman ini dibina sempena memperingati persahabatan di antara China-Malaysia. Bersiar-siar di sini, anda akan rasa seolah-olah berada di egara China. :)
Tugu Cheng Ho. Credit to: http://www.tripadvisor.co.uk/ |
9. Muzium Sarawak
Muzium Sarawak juga merupakan salah satu tempat yang anda tak boleh skip. Jangan risau masuk ke dalam muzium ni free je. Nak tahu lebih lanjut pasal Sarawak, boleh lah usya di dalam muzium ni.
10. Main Bazaar (beli barangan Sarawak)
Nak beli barangan kraf Sarawak seperti keychain, pasu, kain pua kumbu, batik sarawak dan lain-lain lagi, Main Bazaar adalah the best place yang anda boleh kunjungi. Harga pun berbaloi-baloi.
11. Borneo Highland
Borneo Highland terletak di Jln Puncak Borneo. Di sini pun kalau nak releks dan tenangkan otak bolehlah berkunjung dan menginap di sini. Nak Jungle Trekking pun boleh. Dan bagi kaki golf, tempat ni sesuai sangat.
12. Bako National Park
Bagi mereka yang sukakan tempat-tempat yang kaya dengan alam semulajadi yang belum diterokai, Bako National Park adalah tempat yang disyorkan. Perjalanan ke Bako National Park dari Bandaraya Kuching adalah kira-kira 1 jam lebih perjalanan. Sampai di Jeti Bako, anda akan menaiki Boat untuk ke Bako National Park kira-kira setengah jam perjalanan.
13. Kampung Gersik (lokasi beli kek lapis Sarawak)
Haa.. Kampung ni rasanya memang tak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata pelancong yang datang ke Sarawak, memang akan berkunjung ke Kampung Gersik ni bagi membeli kek lapis Sarawak sebagai buah tangan. Terdapat beberapa kedai Kek Lapis yang famous di Kampung Gersik ni seperti Dayang Salhah, Mira Cake House dan Kek Lapis Zaharah.
14. Muzium Kuching, Bukit Siol
Muzium Kucing, jadi di dalam nya semua yang berkaitan kucing la ye. Bagi pecinta kucing boleh lah mai kunjung sini. Yang best nya pergi ke Muzium Kucing ni, ia terletak di atas Bukit Siol, kat atas bukit ni, kita boleh tengok pemandangan Bandaraya Kuching.
15. Kilang Pasu Sarawak di Batu 5
Kalau anda peminat pasu-pasu yang mempunyai ukiran yang unik dan cantik, anda boleh berkunjung ke Kilang Pasu Sarawak di Batu 5 Kuching. Terdapat pelbagai jenis pasu di sini dengan ukiran yang sangat unik dan cantik disamping harga yang sangat murah.
0 Comments