-->

Tanda dan Gejala Masalah Jantung



Hari ini aku baru sahaja annual followup bagi echo jantung. Setiap satu tahun sekali aku akan buat followup ni bagi memantau masalah jantung aku ni samaada makin teruk atau tidak. Begitu lah rutin aku sejak dari tahun 1998 di mana pada waktu tersebut aku berumur 10 tahun.

Apa tanda dan gejala yang aku alami sebelum didiagnose masalah jantung ni? Mesti ada yang tertanya-tanya. Ok lah, sebelum tahun akan masalah kesihatan ni, aku masih ingat lagi waktu tu aku di darjah 4 dan sangat ketara perubahan pada diri aku time tu. Hinggakan guru kelas aku pun perasan.

report echo aku

Tanda dan gejala yang aku alami sebelum didiagnose Masalah Jantung adalah:

  • pergerakan tangan yang tidak terkawal. Waktu ni serba serbi yang aku buat memang ada je yang tak kena. Contohnya, waktu makan nasi, nasi akan berterabur disekeliling pinggan aku, sedangkan sebelum ni, ok je, nasi terus masuk ke mulut. Then, tulisan aku yang sebelum ni sangat kemas dan tersusun je atas line, lintang pukang dah, disebabkan tangan aku yang sentiasa shaking atau bergegar. Tuang air ke dalam cawan pun tak masuk ke dalam cawan. Highhh.. Serba serbi tak kena. Time tu, sampai mak aku bawak berubat kampung. Ye lah takut aku kononya terkena benda-benda yang tak baik.
  • Aku kerap pening kepala. Dan sampai sekarang ni aku kerap pening kepala, dan sekarang makin dewasa migrain pulak kerap menyerang.
  • Aku mudah rasa letih lesu. Dapat nak berjalan jauh, tapi kena sentiasa stop kejap. Charge balik energy.
  • Bibir pucat. Yang ni memang susah sikit aku nak sembunyi. Dari kecik sampai ke besar ni bibir aku pucat. Just sekarang aku cover dengan memakai lipbalm dan lipstick.
  • Cepat rasa nak pitam kalau terdedah dengan panas cahaya matahari. Sori la kalau nak suruh aku berkawad. Memang tak dapat la aku ni.
  • Waktu baru didiagnose dulu semua tanda di atas aku ada alami. Just bila dah menginjak di usia lewat 20an ni, aku kerap berasa pedih dan sakit di kawasan dada.Sukar nak explain. Tapi sakit dia tu betul2 di bahagian area bawah jantung dan macam krem. Senang cerita, aku kerap cramp bahagian bawah dada sekarang. Followup dengan pakar terpaksa lah aku update perkembangan aku ni dengan doktor. Huu..

Setakat ni, tanda dan gejala di atas yang aku ingat sepanjang 27 tahun aku hidup di muka bumi ni. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Mu Ya Allah memberi aku kesempatan dan peluang. Oh ya, dah nak tamatkan entry, baru aku nak bagitahu apa masalah jantung aku ni. Masalah jantung aku ni, dalam term medical nya, 'Mitral Valve Prolapsed ~Marphan Syndrome'. Benci aku dengan diagnose 'marphan syndrome tu'. Tunggu aku ada mood baru aku khabar pasal marphan syndrome tu ye. Kalau tak, boleh je google. Tapi korang jangan over imagine aku sangat ye. :)

Baca juga:

0 Comments



Emoticon