-->

Hidangan 1 Syawal 2015

Mungkin sedikit lewat untuk saya update berkenaan hidangan juadah di pagi 1 syawal kami pada tahun ini. Pada 18 syawal baru saya nak update. Haha.
Sambutan syawal di Sarawak sama ja dengan di semenanjung. Dari segi juadah memang sama (info dari kak ipar dan abg ipar) . Just berbeza dari segi sambutan nya. Kalau di sini, di Kuching Sarawak, kalau saya dan keluarga dari Syawal pertama hingga syawal ke sepuluh memang masih sibuk berbaju kurung dan berbaju melayu bagai pergi kunjung mengunjungi rumah sanak saudara. Tahun ni syawal kami lebih meriah kerana semua adik beradik pulang beraya di Kuching.
Ok lah, melalut cara sambutan pulak. Apa hidangan pagi kami di pagi syawal 2015 ni? ok for sure kami ada Daging Rendang, Itik masak kicap, Ayam tua masak kari, sayur lodeh, lemang dan nasi himpit. Kami masak awal tahun ini, di mana masakan semua siap di masak sebelum berbuka puasa last ramadhan. Memang pecah rekod. First time kitorang siap bermasak seawal tu. Saya share kan gambar hidangan kami ye. Nanti-nanti saya akan share sambutan kemeriahan kami di sini dalam menyambut syawal.
Hidangan di Pagi 1 Syawal kami di tahun 2015

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon