-->

Tercekik London Kebab

Actually dari sebelum bulan puasa lagi aku dan suami nak cuba makan di.London Kebab ni. Dek kesibukan memanjang sampai ke habis raya baru berpeluang merasa makanan kat sini.

London Kebab ni kiranya memang kedai makanan yang baru beroperasi di Kuching ni. Lokasi London Kebab ni terletak berdekatan dengan Teh Tarek Kubah Ria dan hanya berada di belakang Mom's Laksa Kubahria.

Disebabkan aku ni yang memang belum ada selera nak makan, so order satu je. Suami aku order Roti pita Lamb doner yang small je berharga RM8. Time sampai je menu tu kat meja kami, terus aku terliur tengok. haha. untuk yang small ni, aku boleh habiskan dua sebenarnya. Sedap. memang terbaek.

Dah tau sedap, baru la terhegeh- hegeh nak order satu lagi. sian kat suami aku. aku yang habiskan pita lamb dia. huhu.. ampun kan saya penunggu gua. Untuk order kedua ni, kami nak cuba roti pita chicken doner pulak versi small yang berharga RM6. Chicken doner pun sedap juga, tapi kalau banding dengan lamb, lamb jauh lagi sedap.

So, kalau korang berada di Kuching, bolehlah singgah di London Kebab ni ye. Test dulu, komen kemudian. hehe. Waktu operasi kedai ni pulak, Isnin-khamis 11:00 pagi - 11:00 malam. Jumaat pula 2:00 petang - 11:00 malam. Sabtu dan Ahad rasanya 11:00 pagi-11:00 malam.
selamat menjamu mata.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon