-->

Review TuneHotel Danga Bay, Johor


Review TuneHotel Danga Bay, Johor

Pada bulan April 2015 yang lepas, kami mempunyai trip cuti-cuti pergi ke Universal Studio Singapore (USS) dan check in di TuneHotel Danga Bay Johor. Sebab utama kami tidak stay di hotel di Singapore adalah disebabkan ini adalah percutian gila-gila bajet. Senyum sikit. Stay hotel di Johor dan berangkat naik bas pergi ke USS Singapore. Jimat!

So far, rate atau harga bilik bagi 'double room' di Tunehotel ni still affordable la bagi aku iaitu RM150 untuk 2 malam. Harga 'double room' yang aku tempah ni adalah harga untuk sebuah bilik semata-mata je tau, tanpa aircond, tanpa towel dan toilettries, tanpa in-room tv access dan tanpa in-room telephone set. Kejam benar tunehotel ni. Dah macam naik flight air asia pulak aku ni. Haha.

Kalau korang ada modal lebih, rasa nya better tempah tiket ni sekali tempah aircond, dan lain-lain yang perlu. Kalau ngam-ngam untuk bayar bilik better korang tempah je bilik dulu. Time nak check in nanti baru lah korang add in aircond or lain-lain ok. Dah nama percutian bajet kan. Everything nak kena spend sikit-sikit dulu. Adik aku tanya, kenapa tak stay hotel yang berdekatan dengan tunehotel ni yang harga lebih kurang sama ja tanpa perlu nak add onn benda-benda yang sepatutnya ada dalam pakej bilik. Aku just mampu jawab, aku dah terbook hotel ni. Aku book hotel ni pun after baca review blogger-blogger yang dah ke USS dan mereka review pasal terdapatnya sebuah ejen pelancongan (untuk beli tiket USS) kat bahagian groundfloor hotel ni. So tu yang aku book je kat sini terus. Senang. Satu tempat.

So far rate aku nak bagi kat hotel ni adalah 3.5/5*. Bersih dan kemas. Just tak best part kena add on aircond la , towel la. tu je yang tak best. Yang lain-lain aku rasa ok dan boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Kalau boleh harga bilik tu biarlah dah complete dengan aircond dan towel semua. Leceh la nak kena add on bagai ni.

Front view TuneHotel Danga Bay

TV yang memang kitaorang tak layan sebab tak langgan.haha

Di mana-mana ada iklan tunehotel ni

Ruang bilik air dan toilet memuaskan

Terpaksa langgan service 'aircond' untuk 24 jam.. 

Front counter yang friendly dan cekap


Baca juga:

0 Comments



Emoticon