Pernah mengalami krem? Kalau tak pernah anda memang hebat. :) Aku antara salah seorang manusia di muka bumi ni yang kerap krem. Dan baru-baru ni, terjadinya lagi krem di bahagian bawah punggung sehingga ke area paha belah kanan. Tegang dan sangat sakit. Nak duduk dan baring pun rasa sakit. Jadinya terpaksa la berdiri lebih kurang setengah jam bagi mengurangkan rasa sakit akibat krem tu. Waktu kena serangan krem tu, aku dah hilang punca macam mana nak hilangkan dan kurangkan krem tu.Nasib baik aku teringat dengan losyen atau minyak panas gamat yang aku pernah beli dari Langkawi dulu. Aku suruh adik aku ambik dari bilik aku kat tingkat atas. Ye lah, tengah darurat krem macam ni, mustahillah aku dapat nak naik turun tangga.
Lepas sapu minyak panas gamat tu banyak-banyak, baru lah krem aku tu beransur-ansur hilang. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat time tu. Aku bingung betol kalau krem tu tak hilang. Ye lah, takkan aku tak tidor malam tu.
Oklah, bagaimana krem atau kekejangan otot boleh terjadi? Krem terjadi bila penggunaan otot yang berlebihan (contoh terlebih bersukan), dehidrasi @ kekurangan air dalam badan, ketegangan otot dan berada dalam sesuatu posisi bagi tempoh masa yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kekejangan otot @ krem. Dalam kebanyakan kes, bagaimanapun, punca sebenar terjadinya krem tidak diketahui.
Apa yang menyebabkan krem terjadi?
Dehidrasi merupakan kehilangan yang berlebihan cecair di dalam badan. Tahap kalsium dan kalium yang rendah juga boleh menyebabkan kekejangan otot, kerana kedua-dua mineral ini menyumbang kepada fungsi otot yang sihat. Bekalan darah yang rendah ke kaki anda juga boleh menyebabkan kekejangan apabila anda bersenam, berjalan, atau mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal.
Pencegahan kepada krem dapat dilakukan bagi mengelak kejadian menjadi robot pada masa akan datang. Jadi bagi mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian krem atau kekejangan otot ni, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah minum banyak air, buat sesi pemanasan terlebih dahulu sebelum apa-apa aktiviti sukan, elakkan berada dalam sesuatu posisi atau kedudukan dalam tempoh yang lama, dan mengambil suplemen kalsium.
0 Comments