-->

Menu special : Ali Meatball @ Jln Muhibbah Kuching



Kalau di semenanjung, IKEA Meatball selalu menjadi bualan mulut sahabat-sahabat yang datang berkunjung di sana. Aku pula tidak berkesempatan pun nak cuba rasa Ikea Meatball tu. Tak tau la sedap ke tidak. Ye dak. Tak da try so takde komen. So far, kalau dah jadi bualan mulut ke mulut mesti la sedap kan.

So di sini, aku nak promote juga menu meatball yang memang dah lama bertapak di Kuching ni iaitu Ali Meatball yang terletak di Jln Muhibbah Kuching. Untuk info dan maklumat lanjut boleh add facebook  rasmi Ali Meatball.

Bagi aku meatball di sini memang sangat sedap ditambah lagi dengan kuah yang sangat perghh. Nak lagi sedap, korang boleh request add on cheese leleh baik punya. Harga masih lagi berbaloi. Cuba dulu baru komen. InsyaAllah tidak menyesal.


Meatball yang saya order. Memang sedap!!

Ini adalah stall Ali Meatball. So cari stall ini ye di Jln Muhibbah Kuching
Jadi, kalau anda ada berkunjung di Kuching Sarawak, boleh la cuba menu special Ali Meatball ni. InsyaAllah anda tak menyesal punya. Dijamin Halal dan Suci. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon