Rasanya tak complete kunjungan ke Sarawak tanpa membawa pulang pes atau perencah Laksa Sarawak bersama.
Dah datang ke Sarawak mestilah dah cuba makan makanan wajib jika ke Sarawak iaitu Laksa Sarawak. Salah satu brand pes laksa Sarawak yang saya syorkan adalah Pes Laksa Sarawak Hj Manan. Dan untuk pengetahuan, bungkusan pes ini sudahpun berwajah baru. Jangan tercari-cari pulak bungkusan lama pes laksa sarawak Haji Manan tu ok.
Dah ada pes ni nanti, senanglah kalau tetiba teringin nak makan Laksa Sarawak nanti. Kalau orang Sarawak yang merantau ke semenanjung, memang akan selalu bawak balik sekali pes ni ke sana. yelah bukan mudah nak jumpa laksa sarawak kat sana kan. Panduan nak buat laksa sarawak ni ada dikepilkan sekali dengan bungkusan ni. Jadi jangan khuatir jangan bingung ya buk. Ikut je panduan tu, insyaallah siap la nanti laksa sarawak nya. Moga bermanfaat.
Bungkusan sebelah kanan adalah bungkusan baru. Pes Laksa Sarawak.Hj Manan berwajah baru |
7 Comments