-->

Makanan Special di Kuching : Aiskrim Gula Apong di DP Aiskrim


Makanan Special di Kuching : Aiskrim Gula Apong di DP Aiskrim

Masih lagi ke tercari-cari makanan special ataupun yang unik dan tersendiri di Kuching, Sarawak? Jom kali ini penulis nak kongsi satu lagi kegilaan masyarakat Kuching sekarang ni. Kiranya macam fenomena AF la ni, iaitu Aiskrim Gula Apong di DP Aiskrim. Apa yang specialnya dengan Aiskrim Gula Apong ini adalah keunikan rasa aiskrim ni yang menggunakan gula apong sebagai perasa utama dan ditambah lagi dengan topping yang beraneka. Antara topping yang penulis suka adalah 3 topping ni, kacang, nestum dan oreo.

DP Aiskrim ni terdapat beberapa cawangan. Cawangan utama terletak berdekatan dengan Kapit Hotel, Kuching, cawangan kedua terletak berdekatan Jun Rong, Sukma dan DP aiskrim ni juga ada di Uptown Satok. Cawangan di Kapit hotel mula beroperasi pukul 1 petang setiap hari dan sehingga lewat malam. DP aiskrim di Uptown pula beroperasi pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula jam 6:00 petang sehingga lewat malam. Moh la merasa aiskrim gula apong ni. Dijamin tak kecewa. 

Dalam banyak-banyak cawanngan DP aiskrim ni, penulis lebih suka beli di cawangan Kapit Hotel sebab lebih sedap. Rasa gula apong dia lebih pekat dan kaw. Pior la kata orang Sarawak. :) Ok, macamney rupa eskrem gulapong ya?? Kitakorang mok diat ka?? (translate: ok, macam mana rupa aiskrim gula apong tu?? Korang nak tengok ka??) :) Sekali sekala belaja bahasa melayu sarawak oo.. DI bawah disertakan aiskrim gula apong yang bersaiz kecil iaitu berharga RM2:00 dan  bertoppingkan kacang dan oreo. Nyem la juak.

Aiskrim Gula Apong di DP Aiskrim

Sik rugi coba. Rega pun murah dan berbaloi-baloi. Mun sik cukup size kecik, boleh order size besar RM5:00 janji tahan jak. Nyaman u...u.. bak kata CM Sarawak Tok Nan. :)

Baca juga:

0 Comments



Emoticon