Laksa Sarawak Mom's Laksa Power
Hari ini berpeluang menemani encik suami bersantap (ayat takbleh blah) di Mom's Laksa Kubah Ria. Aku pulak order Mee Pok dari stall di dalam kedai Mom's Laksa ni juga. Pagi Ahad pun ramai juga pelanggan kat sini, nasib baik waktu kitorang datang, ada satu table kosong. Syukur. Dalam hati, aku dah nak blah je if takda table kosong.
Kalau korang teringin bebeno nak makan Laksa Sarawak, iaitu antara menu WAJIB yang korang mesti makan if ke Kuching,Sarawak, aku strongly suggest korang gi la berkunjung di Mom's Laksa ni. Sangat sedap dan puas hati. Mom's Laksa ni ada 2 cawangan yang aku tau, satu kat Kubah Ria dan satu lagi di Gita. Kalau cawangan di Gita, kedai dia besar lagi dan more tables dan for sure bigger space. Tapi dah nama tempat makan hot dan sedap kan, memang akan sentiasa penuh. Waktu operasi Kedai Makan Mom's Laksa ni pula adalah siang je tau. Jangan pi cari waktu malam pula. Memang tak buka la.
Apa juga menu yang ada di Mom's Laksa cawangan Kubah Ria ni?? Ok, meh aku share antara menu yang mereka ada adalah:
Laksa Sarawak (ofcoz la)
Laksa Penang
Meehoon Belacan
Mee Kolok
Mee Pok
Rojak Ayam
Dan ni aku belanja gambar sekeping dua untuk tatapan kome semua. Btw selamat menjamu selera. :)
Laksa Sarawak di Mom's laksa |
Mee Pok di Mom's Laksa |
3 Comments