-->

Satok Uptown Market



Satok Uptown Market yang terletak di perkarangan Dewan Suarah atau lebih dikenali sebagai Civic centre di Kuching ini merupakan antara tarikan baru bagi masyarakat sekitar Kuching dan juga pelancong dari luar. Satok Uptown Market ini baru mula beroperasi pada awal tahun 2015 ini dan masa operasi adalah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 7:00 malam sehingga lewat malam.

Apa yang menarik di Satok Uptown Market ini adalah bagi golongan atau spesis kuat makan seperti penulis ini adalah kepelbagaian makanan yang dijual di bahagian stall makanan. Antara yang menarik perhatian dan nafsu makan penulis adalah char kue (dijamin halal), fatboy hotdog, popia basah, cendawan goreng, aiskrim gula apong dan lain-lain lagi makanan special.

Jadi, buat pengunjung atau pelancong dari luar yang tak tau nak jalan ke mana pada malam hari, boleh lah berkunjung ke Satok Uptown Market ni ye. Ingat, uptown ni hanya buka pada malam Jumaat dan Sabtu sahaja. Kalau datang malam lain, tak jumpa uptown la. jumpa padang futsal dan civic centre saja. :)


Satok Uptown Market

Area Stall Berjual Makanan

Popia Basah dan Cendawan Goreng Kaw

Fatboy Hotdog. Tokey nya friendly. :)

Cha Kue di Uptown. Boleh tahan. Nang Nyem.
Nota kaki:
Untuk orang-orang Kuching dan orang Sarawak dari bahagian lain, mun ada datang ke Kuching, singgah-singgah lah ke Satok Uptown Market tok. Support orang kita berbisnes. Sik rugi kitakorang datang sitok. Datang merami sambil ya pecah diet kitakorang. :)  Mun kita sik sapot bisnes orang kita pun, sapa gik nak? Maju orang Sarawak untuk Sarawak.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon