-->

Aktiviti Wajib Cuba di Langkawi

Bakal bercuti di Langkawi? In mode honeymoon atau jalan-jalan santai je? Kalau nak kan percutian anda enjoy sepenuhnya di Pulau Langkawi, Pulau Lagenda ni, aku nak suggestkan beberapa aktiviti yang anda dan keluarga atau kawan boleh cuba dan enjoy.

Jom terjah aktiviti wajib anda cuba di Langkawi. Antaranya:

1. Parasailing :
    Kalau nak main parasailing ni, anda boleh terjah di area Pantai Cenang. Paling best main ni pada waktu petang-petang. Sepoi-sepoi je angin bila anda terbang di awangan. Caj untuk main parasailing ni adalah RM60 untuk sekali pusingan iaitu lebih kurang 15 minit. Selamat ke tidak main ni? Bagi penulis, insyaAllah, main parasailing ni selamat. Kalau anda rasa tak konfiden atau tak reti nak landing, anda boleh request seorang krew untuk assist anda terbang di awan biru. Chewahh..

Parasailing. Time nak landing
ni yang risau. Takut landing
posisi tak betul. Boleh sakit
kaki.

Time ni baru nak fly. Cuak jugak.

Bila tengok gambar, baru
rasa kecut perut. Huhu

2. Jetski
    Dah nama nya kawasan peranginan pantai kan, so memang wajib ada jetski ni. Memang dah lama teringin nak naik jetski. So ada peluang main ni di Langkawi just grab the oppurtunity. Caj main pulak boleh tahan mahal jugak iaitu RM120 untuk 30 minit.  Seronok juga main jetski ni, tapi agak mencabar juga main ni lebih-lebih lagi kalau ombak tengah kuat. Boleh terbalik jetski. Huhu.

My husband. Harapan den untuk bawakkan jetski. Cuak
weh tengok ombak kuat.

3. ATV
    Main ATV di perkarangan Cable Car Langkawi. Sebelum nak naik cable car tu, di bahagian sebelah kanan korang boleh usya-usya dulu harga untuk main ATV ni. Mula-mula aku ingat bawak ATV ni simple je, macam kita bawak motosikal. Rupa-rupa nya jauh api dari kayu. Sebabnya, kudrat aku seorang perempuan, agak mencabar juga untuk handle ATV ni. Time bawak tu aku risau ATV tu terbalik je. Huhu. Untuk korang yang minat game lasak, bolehlah cuba main ATV ni ye. Harga main ni aku lupa pula. Rasa nya below RM100 macam tu.

Minat game lasak, boleh la cuba main ni ye. Hehe


4. Banana Boat
    Yang ni aku teringin sangat nak main haritu. Tapi takda geng aku nak main. Nak ajak laki aku, hmmm jawab nya memang tak la. Berhuhu je la aku. Takda geng tak best pulak main ni sorang-sorang. Kang sawan sorang-sorang aku kat atas tu. Daripada cerita adik aku yang dah pernah main, dia kata memang enjoy main banana boat ni lebih-lebih lagi dengan geng sekepala. So korang yang pergi bergroup tu boleh la main banana boat ni ye. Sori takde gambar, sebab aku tak maen. :(


5. Snorkeling
    Bagi aktiviti snorkeling korang boleh usya juga pakej-pakej trip ke Pulau-pulau sekitar Langkawi ni. Rugi kalau tak snorkeling menikmati keindahan kehidupan dasar laut pulau. Dan aku antara orang yang rugi tu. Next trip Mac depan insyaAllah trip aku more ke terjah pulau-pulau dan snorkeling pulak. 


6. Island Hoping
    Island Hoping ni adalah trip menjelajah pulau-pulau sekitar Langkawi dan juga merasai pengalaman memberi makan helang. So far berbaloi juga dapat menikmati keindahan pulau Langkawi dan lain-lain pulau di sini. Selain itu, salah satu trip yang aku pernah pergi 2 tahun yang lepas, kami dibawa melawat dan menerokai gua-gua di persekitaran pulau. Sangat layan.


Actually banyak lagi aktiviti-aktitivi yang korang boleh cuba di Langkawi ni. Nanti aku akan update lagi lepas nexxt trip aku bulan Mac 2016 nanti ya. InsyaAllah. Semoga dipanjangkan usia dan dipermudahkan perjalanan kami.

Artikel yang berkenaan:
Tempat Wajib anda Terjah di Langkawi

Baca juga:

0 Comments



Emoticon