-->

Parasailing @ Langkawi



Jom Main Parasailing. Aktiviti wajib anda cuba di Langkawi!!! Macam mana rupa main parasailing tu?? Haaa, korang bleh rujuk kat gambar dibawah ni ye. Yang tu la nama nya parasailing. Korang akan terbang di awan biru dengan ditarik oleh boat. Pastu korang nikmatilah bagaimana feel terbang bebas macam burung. Hehehe.

Syok. Next trip memang akan
main ni lagi.

Parasailing ni adalah aktiviti wajib dan paling best bagi aku kat Langkawi ni. Merupakan salah satu aktiviti pantai dan bagi korang yang nak cuba parasailing ni boleh terjah ke Pantai Cenang. Rugi tau, kalau tak cuba. Tapi kalau korang gayat, tak dapat la den nak menolongnya.

Rate bagi aktiviti atau game
di Pantai Cenang

Ok. dalam gambar kat atas ni, ada bagi rate bayaran untuk semua permainan atau aktiviti di Pantai Cenang ni. Untuk parasailing, kalau ikut rate kat banner dieorang bagi ni, bayaran yang dikenakan adalah RM120. Tapi korang jangan risau tau, rate tu adalah khusus untuk pengunjung dari luar Malaysia. Untuk pengunjung local atau orang Malaysia sendiri, bayaran yang dikenakan untuk main parasailing ni adalah RM60 untuk sekali pusingan iaitu lebih kurang 15 minit korang terbang kat atas tu.. Weyhhh,, best weyhhh,, rugi korang yang dah pergi Langkawi, tapi tak nak main ni.

Ready to fly... 1, 2, 3 gooooooooo

Tinggi juga rupa nya.. burghhh

Landing dengan selamatnya

Time ni, dah ready nak landing

Bila kaki dah jejak tanah, fuhhhh.. legaa

At last, muka puasss lepas dapat main
parasailing.. Rasa cam x caya ja,..
 So, rate yang aku bleh bagi untuk game parasailing ni adalag 10/10.. muahaha.. full mark. Sebab aku suka benda-benda macam ni. Mula-mula tu memang la ada nervous sikit, tapi bila dah kat atas tu, korang akan rasa satu kepuasann yang amat. Aku harap, nextrip aku gi Langkawi nextyear, cuaca mengizinkan. Aminn..

Kalau korang tanya aku, best ke tak men mendalah ni, ofcourse la aku jawab BEST!!! So jom Parasailing!!! Tips bagi mereka yang ingin sangat nak main ni, klo takut tak reti nak landing ke apa, or takut terjadi apa-apa semasa kat atas, korang boleh request abang-abang sado yang dah mahir secara teknikal dalam game ni teman korang terbang kat atas tu. Tapi atas izin abang-abang sayang korang la ye. Haha.

Ok. Selamat Berparasailing ye kawan-kawan. Dan dibawah, saya sertakan video yang sempat saya ambik ketika adik saya main parasailing ni.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon