Tempat makan best di kuching
Tempat makan popular di kuching
Menu sedap dan popular di kuching
Tempat makan popular di kuching
Menu sedap dan popular di kuching
Minat makan udang galah?? Udang yang sepit biru tu?? Mesti majoriti anda di luar sana minatkan makan udang galah. Ok hari ini, SP nak introduce anda dengan tarikan terbaru di Kuching, Sarawak, iaitu Mee Apek a.k.a Mee udang di Kedondong Cafe.
Mula-mula dulu, rasa ragu-ragu, sedap ke tak mee tu. Takut indah khabar dari rupa. Tetapi setelah beberapa kali sewaktu lepak di Kedondong Cafe ni, customer di meja bersebelahan SP mesti ada je yang order mee apek ni. Bersimpang siur je apek (udang galah, ohya di Sarawak, udang galah sepit biru ni, kitaorang panggil apek k.. bukan apek tua tu ye.), akhirnya tergugat juga iman SP. SP order mee apek yang medium size je. Maksud dia, kuantiti mee sama je, tetapi size udang yang berlainan. So terdapat 3 size kalau nak order mee apek ni. Kalau nak mee apek yang betul-betul kaw punya kena lah order yang big size. Harga untuk size, big: RM25, medium: RM16, small: RM12. Sangat berbaloi, murah dan sedap. Kuah mee pun sangat tidak mengecewakan. Hirup kuah tu sampai titisan yang terakhir ye. Serius sedap.
Mee Apek (Medium size) |
Dah tengok food presentation di atas tu?? Sangat mengujakan dan menggugat iman kan?? Haha. Puas anda makan. Yang ini, anda boleh share 2 orang kalau nak jimat. Kuantiti mee die banyak dan udang pun banyak. Tak ke berbaloi tu.
Kalau anda bercadang nak merasakan keenakan mee apek ni, SP nasihatkan anda call dulu booking atau bertanyakan samaada masih ada stok udang/apek ke tidak? Takut nanti anda kecewa datang, sebab stok udang abis. Kan ke sedih. Lupa nak bagitahu lokasi Kedondong Cafe ni. Cafe ni berdekatan dengan Celcom Office di Satok, dan seberang wisma Zecon/ seberang Tom yam Goong Satok.
0 Comments