-->

Tips atau Panduan Pembelian Rumah


Tips atau Panduan Pembelian Rumah

Untuk sehari dua ini, SP akan fokus pada tips-tips atau panduan yang telah SP praktikkan dalam misi pencarian rumah pertama kami. Nak beli rumah ni, bukannya macam kita beli baju, pilih untuk 2-3 jam dan lepas tu pergi kaunter bayar. No, no, no and no. 

Anda akan melakukan kesilapan besar sekiranya terus membeli atau booking rumah tanpa menyelidik terlebih dahulu kawasan projek perumahan tersebut serta tidak turun ke lapangan.
Terdapat beberapa peraturan asas yang perlu anda ikuti sebelum membeli rumah:

Peraturan 1: Buat survey ke ofis-ofis developer atau rajin-rajinkan diri pergi ke Ekspo Perumahan. Anda harus lakukan survey terlebih dahulu bagi membuat perbandingan harga, kualiti rumah, kawasan projek perumahan, jarak rumah ke tempat kerja/bandar, dan status pemaju (takut dapat pulak kat pemaju yang lembap, memang naya beb).

Peraturan 2: Turun padang atau istilah lainnya pergi memantau ke kawasan tapak projek rumah yang anda berminat. Jangan sesekali anda skip peraturan ini, kerana gambaran tapak projek di atas kertas projek atau locality plan adalah tidak sama 100%. Kita khuatir tapak perumahan mungkin terletak berdekatan dengan ladang ternakan atau loji kumbahan. Tak ke naya beb? Kalau anda dah bagi deposit atau duit booking, kemungkinan untuk duit booking anda tersebut burn adalah tinggi sekali sekiranya anda berhajat untuk membatal tempahan/booking rumah anda.

Peraturan seterusnya?? To be continue. Keep on update ya. :) Smile

Baca juga:

0 Comments



Emoticon