Hari ini saya nak flashback dengan satu entry post saya di salah satu blog saya yang pernah saya giatkan dulu pada 6/2/2012 iaitu 3 tahun yang lepas berkenaan usaha SP dan suami dalam pencarian rumah.
"Sebulan dua ni aku n hubby tengah giat meng'usya kawasan perumahan baru atau menjejak beberapa developer perumahan. Best jugak keja partime ni..tp 1 yang tak best nya bila tengok/dengar harga rumah yang boleh dikatakan agak giler sehabis mahal.. Untuk double-story intermediate paling murah yang aku jumpa pun rm248k (Sejijak Height include kelengkapan Perabot). Itupun dengan 60 yrs land title..(bab tanah ni aku kurang arif sikit)..yang aku paham tanah ni dipajak selama 60 tahun,..and after 60 tahun tu terpulang dengan kerajaan lagi nasib tanah tu..hmmm..betol ke?? mmg aku tak paham.. dan developer perumahan tu kata pula..after 60tahun,, tanah tu kena renew balik..klo x renew akan menyebabkan tanah tu jadi kepunyaan kerajaan..hmm..mana satu nih..memang aku tak paham.. ada try search kat internet pasal isu ni..tp tak jumpa jawapan yang mampu memuaskan hati terhadap persoalan nih.. harap sesiapa yang arif pasal ni boleh share k..
Kalau tengok pada price untuk single story intemediate ,, hmm..boleh tahan berapi nya jugak.. harga terendah yang aku jumpa dlm area kuching ni adalah rm205 k.. intermediate tu ok!! bukan corner ok!! kalau tak pikir untuk longterm memang nak jugak rasa hati nak beli je rumah single-story intemediate..tapi tu la.. hidup kita ni nanti bukan berdua je suami isteri.. Rezeki dari Allah mana kita tahukan. InsyaAllah kalau ada rezeki ada anak 2 3 orang nanti, memang kita nak kan kediaman selesa untuk keluarga. kalau hidup 2 orang single-storey intermediate memang dah melebihi dari cukup aku rasa.. Masih aku tak paham la... kenapa harga rumah di SARAWAK ni mahal sangat arr.... kaya-kaya na juak orang sarawak tok ooooo..kaya yang semelih dikpun nak???
Dan sekarang ni aku masih tetap dengan pendirian nak carik rumah double storey inte je la..mampu milik dan selaras dengan gaji..semoga dipermudahkan urusan aku dan hubby.."-6/2/2012-
Ok, itu kisah 3 tahun yang lepas. Setelah puas pencarian selama beberapa bulan dan siap pernah cancel booking rumah double-storey intermediae di Sejijak Height, Matang (SP dan husband burn duit deposit 1K waktu tu) Redha dan pasrah je la, dan sekarang, SP dan husband tengah menunggu siapnya rumah yang telah dibooking pada Jun 2013 yang bertempat di Unigarden, Kota Samarahan. Alhamdulillah tercapai juga hajat rumah double storey intermediate dan bertempat di area yang SP impikan.
Sepanjang tempoh usaha SP nak dapatkan rumah ni, SP kerap deal/sms dengan agen developer ni, sekiranya ada reject loan, so that SP dapat book rumah tu. Rezeki SP dan husband dipermudahkan bila, agen tersebut sms bagitahu ada 1 unit rumah berdepan taman yang kosong due to reject loan. Syukur alhamdulillah. Waktu tu, SP dapat offer harga RM363,800. Dan baru-baru ini, SP ada temankan kawan booking rumah di developer yang sama, dan harga unit baru di Unigarden sekarang RM391,000. Nasib dah booking awal. fuh..
So disini, SP nak nasihatkan adik-adik atau sesapa yang dah dapat kerja dan stabil kewangan, cepat-cepatlah riki atau cari rumah. Sebab harga rumah di Sarawak ni, hmmm.. gila-gila sangat berapi. Elakkan beli kereta yang mahal dahulu, seelok-eloknya beli secondhand (cash) atau Kalau nak juga baru, beli je Axia. Jimat dan murah. Ingat pesan SP ni. Harga kereta makin turun, tapi harga rumah setiap selang 1-3 bulan naik. Dahsyat kan!!!
Sublot yang SP dapat .. In progress lagi sekarang ni. |
Ingat tau pesanan SP ni, usaha sehabis boleh mencari rumah dan seeloknya rumah yang masih belum dibina (harga still rendah berbanding kalau dah siap), dan bagi kakitangan awam kerajaan, kelebihan beli rumah yang belum dibina ni, start pemotongan bayar adalah bila rumah sudah 90-95% siap.
Akhir kata dari SP, belilah rumah jika sudah mampu. Elakkan hutang-hutang yang tidak diperlukan.
0 Comments