Powered by Blogger.

Standby Pagi Buta di KLIA2 ~ Journey to Singapore

Hari ini bermula perjalanan trip ke JB dan Singapore. Kalut pikir macammana sebab flight awal pagi pukul 8.25 pagi. Taknak susahkan akak dan abg ipar nak hantar ke airport awal pagi.

So kitaorang plan, after tengok wayang cerita Avengers di Aeon Jusco Bukit Tinggi, midnight, after habis ja film tu, terus hantar ke airport. So ktorang 4 memang dah siap pack barang dan angkut sekali.  Cita avengers start pukul 12 mlm dan habis dalam pukul 2:45 pagi. Kitaorang sampai di KLIA2 dalam pukul 3:40 pagi. Perghh.. Boleh bayangkab tahap mengantuk aku sekarang. Tahap cipan~

Time entry ni dikarang, aku, en suami, jihan dan amer, tengah standby di Texas Chicken KLIA2. Sini je port baik nak lepak sambil tunggu flight. Risiko ambik flight awal pagi ni, takut terlajak tidur je. Naya ooo..

Nak tidur pun rasa nya dah alang-alang menyeluk pekasam. Standby je la. Hope dipermudahkan perjalanan kami nak merantau ke negara orang. Eseyh. Negara jiran Singapore. Singapore be nice to us ya.. Hehe..

Duit dollar Singapore bawak sikit je. Bajet tak banyak.. Wekkk.. Nak gi USS je pun.

Ok. Entry siap ditulis 4:25 pagi. Jumpa anda lagi.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Standby Pagi Buta di KLIA2 ~ Journey to Singapore"

ajet2 mcm nak ke US pulak. nanti mana tahu sampai hujug dunia.

InsyaAllah. Mana tau ada rezeki kan..sampai trip ke US pulak..

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top